Melihat sosok tubuh Neelofa kini, ramai membuat spekulasi dirinya sedang hamil anak ketiga. Meskipun menyedari ramai memberi perhatian terhadap perubahan fizikalnya, pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 37, memohon orang ramai mendoakan segala proses dipermudahkan.

Menyedari perubahan fizikalnya mungkin menimbulkan pelbagai andaian, namun memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan perkara itu buat masa ini.

“Saya tidak perlu buat pengumuman. Saya tidak pernah buat pengumuman pun untuk mana-mana anak sebelum ini. Nanti apabila melahirkan, baru kita buat pengumuman. Itulah yang terbaik,” katanya memetik https://www.bharian.com.my/

“Doa sahajalah supaya sepanjang perjalanan ini dan fasa seterusnya dipermudahkan,” katanya.

“Selagi anak belum dilahirkan, apa-apa sahaja boleh berlaku. Jadi, kalau orang nampak perut saya berubah atau saiz perut berbeza, iyalah.

“Jantina Bayi? Biar Keluarga Sahaja Yang Tahu”-Neelofa

Ditanya mengenai jantina bayi, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu memilih untuk mengunci mulut dan hanya membiarkan perkara tersebut diketahui keluarga.

“Itu lagilah saya tak nak kongsi. Peribadi, masa buat (majlis pengumuman jantina bayi) pun buat dengan keluarga saya dan Haris,” ujarnya.

Dalam masa sama, ibu kepada dua  cahaya mata itu bersyukur ramai mendoakan proses kehamilannya.

“Alhamdulillah bila orang doakan yang baik, itu satu rezeki sebab dulu kita tak pandai nak menghargai sangat bahagian itu.

“Tapi bila dah semakin berusia, makin kita melihat ramai orang ada cabaran atau komplikasi.

Sebelum ini, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Bilal, 4 dan Abbas, 3 tahun. 

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading