Tahukah anda, pertandingan pencarian bakat seperti Bintang Suara Melilea 2026 merupakan platform untuk golongan muda membina keyakinan diri, mengembangkan bakat serta mendapatkan pendedahan kepada industri?

Ya, itulah cara terbaik untuk memperkasakan remaja Malaysia dalam bidang seni.

Menurut penganjur, Melilea (M) Sdn. Bhd, program berkenaan merupakan inisiatif di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MELILEA yang bertujuan mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu dalam kalangan generasi muda.

Katanya, menerusi tagline ‘Impian Anda · Suara Anda · Masa Depan Anda’, program itu bukan sekadar mencari pemenang, sebaliknya memberi ruang kepada peserta mengenali kekuatan diri dan mengembangkan potensi masing-masing.

“Tagline ini mencerminkan aspirasi program yang bukan sekadar mahu mencari seorang pemenang, tetapi membuka ruang kepada setiap peserta untuk mengenali kekuatan diri, membina keyakinan dan mengembangkan bakat yang dimiliki ke tahap lebih tinggi.

“Bagi MELILEA, kejayaan tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata, tetapi turut memerlukan usaha, disiplin, ketekunan, bimbingan dan keberanian untuk mengambil peluang,” katanya dalam kenyataan.

Selain ruang untuk mengetengahkan kebolehan, peserta turut berpeluang mendapatkan pendedahan industri serta panduan profesional daripada penggiat industri berpengalaman.

“Bagi MELILEA, kejayaan tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata, tetapi turut memerlukan usaha, disiplin, ketekunan, bimbingan dan keberanian untuk mengambil peluang,” katanya dalam kenyataan.

Selain ruang untuk mengetengahkan kebolehan, peserta turut berpeluang mendapatkan pendedahan industri serta panduan profesional daripada penggiat industri berpengalaman.

Menurutnya, penganjuran program itu turut berlandaskan falsafah MELILEA, ‘Transforming Lives’, yang menekankan usaha memberi nilai, membuka peluang dan membantu individu mengembangkan potensi diri.

“Kami percaya setiap individu berhak mendapat peluang untuk berjaya tanpa mengira latar belakang.

Apabila seseorang diberikan ruang untuk menyerlahkan kebolehan, dibimbing dengan baik dan diberi keyakinan, perubahan itu bukan sahaja boleh mengubah kehidupan individu tersebut, malah memberi kesan positif kepada keluarga dan masyarakat,” katanya.

Selaras dengan semangat Malaysia MADANI, MELILEA berharap BINTANG SUARA MELILEA 2026 dapat menjadi antara usaha sektor korporat dalam menyokong pembangunan generasi muda yang kreatif, berkeyakinan, berintegriti dan mempunyai jati diri.

Program itu juga diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada bakat baharu untuk berkembang dan membawa potensi mereka ke tahap lebih tinggi.

Selaras dengan semangat Malaysia MADANI, MELILEA berharap BINTANG SUARA MELILEA 2026 dapat menjadi salah satu usaha sektor korporat dalam menyokong pembangunan generasi muda yang kreatif, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai jati diri dan berani membawa bakat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

MELILEA percaya bahawa generasi muda perlu diberikan bukan sahaja peluang untuk bermimpi, tetapi juga akses kepada pengalaman, bimbingan dan persekitaran yang dapat membantu mereka membina masa depan.

BINTANG SUARA MELILEA 2026 MEMBAWA satu mesej yang jelas bahawa impian perlu disertai keberanian, bakat perlu disertai usaha, dan kejayaan perlu dibina dengan disiplin serta integriti.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading