Selepas kejayaan KRU Showcase yang berlangsung pada Januari lalu, Suka Travel & Tours Sdn. Bhd. (Suka Travel) meneruskan kesinambungan konsep hiburan di atas kapal menerusi Suka Showcase @ Sea, dengan menampilkan dua persembahan eksklusif oleh barisan artis popular tanah air — Hazama & Black Hanifah serta Shila Amzah — di atas kapal Star Voyager pada Disember ini.

Bagi memenuhi permintaan peminat yang mahukan persembahan sebegini diadakan semasa cuti persekolahan, Suka Travel turut mengambil kira maklum balas pelanggan untuk menawarkan itinerari yang lebih pendek dan lebih mudah, membolehkan lebih ramai peminat menikmati pengalaman bercuti sambil menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka.

Persembahan Eksklusif Hazama & Black
Menerusi pelayaran 2 Hari 1 Malam ke Phuket, tetamu akan berpeluang menyaksikan persembahan eksklusif Hazama & Black Hanifah, dua penyanyi yang terkenal dengan vokal mantap dan persembahan bertenaga.
Pelayaran tersebut akan berlepas dari Port Klang pada 20 Disember 2026, menjadikannya pilihan menarik untuk keluarga, kumpulan rakan-rakan dan peminat muzik yang ingin menikmati pengalaman cruise + live showcase dalam satu percutian.
Bagi memudahkan peminat dan pelanggan mendapatkan pakej ini, Suka Travel telah melantik 10 Suka Partners terpilih sebagai ejen rasmi jualan untuk Hazama & Black Showcase selain rangkaian 600 Suka Partners diseluruh Malaysia.

Peminat juga berpeluang mendapatkan pakej pelayaran serta pelbagai pakej perjalanan Suka Travel secara terus di MATTA Fair KL, yang akan berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 September 2026.
“Kami menerima banyak permintaan daripada peminat selepas kejayaan KRU Showcase pada Januari lalu. Ramai yang mahukan konsep yang sama tetapi dalam itinerari yang lebih pendek dan pada musim cuti sekolah, supaya lebih mudah untuk mereka menyertai pelayaran bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Jadi, kami mengambil kira permintaan tersebut dan mengambil keputusan untuk membawa pula Hazama dan Black ke pentas Star Voyager pada Disember ini. Kami juga melantik 10 Suka Partners bagi memastikan peminat di seluruh negara lebih mudah mendapatkan pakej ini,” –En Adam Kamal, CEO Suka Travel.

Kemunculan Shila Amzah
Selain Suka Showcase @ Sea, GD World Cruises turut mempersembahkan satu lagi pengalaman istimewa menerusi 3-Night Theme Cruise bersama Shila Amzah yang akan berlepas Krabi & Phuket pada 22 Disember 2026.

Sebagai antara penyanyi wanita paling berpengaruh dan mempunyai vokal tersendiri di Malaysia, Shila Amzah bakal memberikan persembahan eksklusif kepada tetamu di atas Star Voyager.
Gabungan persembahan artis popular, suasana percutian di atas kapal serta pelbagai aktiviti dan kemudahan yang tersedia menjadikan pelayaran ini satu pengalaman yang berbeza untuk cuti hujung tahun.
Menurut Suka Travel, kejayaan KRU Showcase sebelum ini membuktikan bahawa terdapat permintaan terhadap konsep hiburan eksklusif di atas kapal, khususnya apabila ia digabungkan dengan pakej percutian yang mudah dan mesra keluarga.
“Kami mahu menjadikan cruise bukan sekadar perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain. Kami mahu ia menjadi satu pengalaman — bercuti, menikmati makanan, aktiviti atas kapal dan pada masa yang sama dapat menyaksikan artis kegemaran secara eksklusif.”
Star Voyager menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk tetamu daripada pelbagai peringkat umur, menjadikannya sesuai untuk keluarga, pasangan serta kumpulan rakan-rakan.
Dengan dua persembahan istimewa ini, Disember 2026 bakal menjadi antara musim pelayaran yang paling dinanti-nantikan oleh peminat hiburan tempatan.
JADUAL SHOWCASE
| Tarikh | Pelayaran | Showcase |
|---|---|---|
| 20 – 22 Disember 2026 | | 2 Hari 1 Malam | | 🎤 Hazama & Black Hanifah |
| 22 – 25 Disember 2026 | | 3 Hari 2 Malam | | 🎶 Shila Amzah |
Jadi, cuti sekolah Disember ini… jangan sekadar bercuti. Jom berlayar dan enjoy showcase artis kesayangan anda di tengah laut! 🌊🎤🚢
Jumpa anda di MATTA Fair KL, MITEC, 3–5 September 2026!
#SukaShowcaseAtSea #HazamaBlackShowcase #ShilaAmzah #StarVoyager #SukaCruise #SukaTravel #SukaPartners #MATTAFairKL #JomKeMITEC #JomBerlayar #CruiseFromPortKlang #CutiSekolah #DecemberAtSea
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply