Setiap kali mendengar perjalanan percutian teman-teman ke Mesir, antara yang menjadi intipati percutian mereka ialah melihat keunikan piramid yang menjadi antara tarikan utama ke Mesir.

Namun, undangan pihak Ikhlas Com Travel Sdn Bhd baru-baru ini membuka dimensi baharu penulis tentang apa yang ditawarkan melalui pengalaman bercuti ‘Jejak Tamadun Mesir: 8H6M Cairo bersama Mostafa Atef’, sebuah pengalaman pelancongan khas yang menggabungkan warisan Islam, sejarah dan kerohanian di bumi Kaherah, Mesir.

Terbaharu, Ikhlas.Com melancarkan pakej pelancongan ‘Mostafa Atef: Salawat On The Move’, di mana ia memperkenalkan pengalaman perjalanan untuk meneroka Mesir, bersama penyanyi Mesir, Mostafa Atef, yang mempunyai gaya tersendiri dalam menyampaikan selawat dan muzik Islamik.

Pakej 8H6M yang akan berlepas pada 10-16 Oktober 2026 ini menawarkan pengalaman perjalanan mesra Muslim menerokai mercu tanda ikonik serta warisan sejarah kota tersebut, termasuk Piramid dan Sphinx serta Masjid Al-Azhar, di samping peluang untuk menikmati pengalaman budaya dan sejarah. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, Mesir merupakan sebuah destinasi yang kaya dengan sejarah serta mempunyai hubungan yang begitu erat dengan tamadun Islam.

Menerusi Jejak Tamadun Mesir, ikhlas.com mahu memberikan peluang kepada para pelancong untuk mengenali Kaherah bukan sekadar sebagai destinasi pelancongan, tetapi juga sebagai sebuah tempat yang sarat dengan sejarah, ilmu pengetahuan dan kebudayaan.

“Dengan adanya Mostafa Atef dalam perjalanan ini, pengalaman tersebut pastinya menjadi lebih bermakna, khususnya bagi mereka yang sukakan selawat dan muzik berunsurkan Islam. Kami berharap perjalanan ini dapat memberi inspirasi kepada pelancong untuk melancong dengan lebih bermakna, di samping meneroka kekayaan warisan Mesir,” katanya.

Sementara itu, Mostafa Atef ketika ditemui pihak media melahirkan rasa gembira dapat berkongsi keistimewaan Mesir bersama rakyat Malaysia.

“Saya amat gembira dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan istimewa ke Mesir bersama ikhlas.com. Saya berharap perjalanan ini dapat memberi peluang kepada semua untuk mengenali Mesir dari perspektif yang berbeza, memperdalam penghargaan terhadap kekayaan warisannya serta mencipta kenangan yang akan kekal di hati.”

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, para tetamu dan wakil media turut berpeluang menyertai ‘Salawat On The Move’, sebuah perjalanan selawat istimewa menaiki bas KL Hop-On Hop-Off bersama Mostafa Atef, yang membawa para peserta menyusuri beberapa mercu tanda ikonik Kuala Lumpur, bermula dari Halab Gate Restaurant, sebelum meneruskan perjalanan ke KL Tower, Central Market, Dataran Merdeka, Petronas Twin Tower dan Pavilion Kuala Lumpur.

Inisiatif ini mencerminkan semangat Maulidur Rasul dengan menggalakkan penghayatan dan ingatan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui selawat, apabila para peserta bersama-sama berselawat sepanjang perjalanan di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. 

Pakej Percutian RM6990 Sahaja

Sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan, ikhlas.com Travel menawarkan pakej 8H6M Cairo pada harga RM 6,990 seorang, sekali gus memudahkan lebih ramai pengembara merancang perjalanan lebih awal tanpa memerlukan bayaran pendahuluan yang tinggi, dengan deposit serendah RM 365 seorang. 

Para pelancong boleh membuat tempahan percutian pilihan mereka untuk perjalanan dalam masa terdekat dengan mengunjungi ikhlas.com/travel atau memuat turun aplikasi ikhlas.com untuk mula merancang perjalanan.

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading