Siapa yang tidak trauma jika berhadapan situasi melihat sendiri adik kesayangan diserang lima ekor anjing liar di depan mata! Itulah yang dialami oleh abang kepada Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi, 2, masih trauma selepas menyaksikan adiknya diserang lima ekor anjing liar di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat, Sabtu lalu.

Four individuals engaged in a serious discussion in a room with green doors and a wooden table. Three are wearing masks; one is in traditional attire.

Menurut Ibu mereka, Nur Wahyuni Harun, 36, anak kedua daripada tiga beradik berusia 12 tahun itu cuba menghalau anjing terbabit sebaik Nur Haira Wafiqah diserang anjing liar, jam 7 pagi.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan emosi anaknya itu sehingga kini terganggu dan beberapa kali menangis apabila teringatkan kejadian.

“Bila saya telefon tanya, abang okay tak? Kakaknya kata abang menangis. Mungkin bila dia hendak pejam mata pun, dia teringat kejadian itu. Saya di sini, dia di sana (Batu Pahat). Nak peluk pun tak boleh.

Melalui perkongsian Shahrol Shiro yang melawat keluarga mangsa baru-baru ini, reaksi wajah kesedihan jelas kelihatan dan lebih trauma abang sulung beliau Hanif yang melihat kejadian dihadapan mata.

Nur Wahyuni berkata, ketika kejadian dia bersama suaminya, Mohamad Hamizi Hamdan, 37, yang bekerja sebagai penyelenggara, baru bergerak menuju ke Johor Bahru untuk berniaga.

Katanya, mereka menerima panggilan daripada keluarga kira-kira pukul 7.20 pagi memaklumkan anak mereka diserang anjing sebelum segera berpatah balik ke Batu Pahat.

“Saya dan suami keluar rumah pukul 6.50 pagi dan menerima panggilan kira-kira pukul 7.20 pagi. Saya terus berpatah balik.

“Saya cukup sedih sebab kejadian itu berlaku pada hari jadi saya,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami masih belum dapat pulang ke Batu Pahat sepenuhnya kerana perlu berada di sisi Nur Haira yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

A close-up of a boy looking distressed while sitting on a couch, with an adult comforting him by holding his head.

“Anak saya (abang mangsa) pun tidak makan. Saya dengan suami pun sudah tidak lalu makan,”katanya.

Nur Wahyuni berkata, Nur Haira mengalami kecederaan serius terutama di bahagian kepala dan pipi selain luka pada hampir seluruh badan.

Katanya, beberapa luka di bahagian belakang tubuh anaknya sudah dijahit selepas menjalani pembedahan pertama, manakala doktor masih memantau keadaannya sebelum meneruskan prosedur seterusnya.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/ & https://www.instagram.com/reel/Dc_Agv9y8FH/?stkn=OTV2YzZwYWxreWly

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading