Pergi ketika menjalankan tugas dan amanah untuk negara. Semalam negar dikejutkan dengan pemergian 5 petugas kesihatan dalam tragedi helikopter terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Sarawak.
Doktor wanita Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 32, antara mangsa yang terkorban dalam tragedi helikopter Perkhidmatan Doktor Udara tersebut.

Berita pemergian Dr Ainul dikongsikan adik iparnya, Nureez Mohd Pauzi, 35, yang memaklumkan panggilan daripada KKM itu dibuat kepada suami pegawai perubatan tersebut iaitu Muhammad Faiz Abdul Malik sekitar jam 4 petang lebih.
Difahamkan, Dr Ainul sudah tiga tahun berkhidmat di Sarawak manakala suaminya merupakan guru yang bertugas di SK Sungai Sebatu, Subis.
“Sudah menjadi kebiasaannya bersama jururawat menggunakan perkhidmatan helikopter untuk ke klinik yang terletak di kawasan pedalaman,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Dalam pada itu, Pertubuhan Alumni SMK Agama Naim Lilbanat berkongsi ucapan takziah buat keluarga Dr Ainul yang merupakan salah seorang alumni sekolah berkenaan.
“Dengan penuh rasa dukacita, Pertubuhan Alumni SMKA Naim Lilbanat merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Dr Ainul Baraah Kamaruddin, Alumni Naim SPM 2010, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini setelah terlibat dalam nahas helikopter ketika sedang menjalankan tugas di Sarawak.
“Pemergian Almarhumah dalam usia yang masih muda, apatah lagi ketika sedang menunaikan amanah dan tanggungjawab, merupakan satu kehilangan yang amat menyedihkan buat keluarga, sahabat, rakan seperjuangan serta seluruh warga dan alumni SMKA Naim Lilbanat.
Sementara itu, bapa kepada Ainul Baroah, Kamarudin Salleh, 69, berkata, anaknya itu dilaporkan menaiki helikopter tersebut ke lokasi tersebut sebelum akan bergerak ke beberapa kawasan lain.
Katanya, Ainul Baroah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu dikatakan sering ke kawasan pedalaman dengan menaiki helikopter untuk memantau orang sakit sekurang-kurangnya seminggu sekali.

“Dia sedang dalam perjalanan untuk pergi menjalankan pemantauan orang sakit di Baram. Ainul Baroah baru ditempatkan di Hospital Miri selama dua tahun selepas bertugas di Hospital Tanah Merah dalam tempoh sama.
“Saya mengetahui tragedi itu selepas besan atau bapa kepada menantu, Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, menghubungi saya selepas solat Asar. Dia kata ‘ada berita buruk’ dan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali sebelum memaklumkan bahawa helikopter dinaiki Ainul Baroah terbakar,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Baung di sini hari ini.
Katanya, dia dan isteri, Rogayah Mohd. Noor, 69, dijangka akan bergerak ke ibu negara malam ini sebelum ke Sarawak esok.
“Saya janji dengan dia untuk pergi ke Sarawak pada Disember ini, namun terpaksa membatalkan perancangan tersebut kerana kemungkinan musim banjir ketika itu.
Akhbar melaporkan, insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) KKM yang dilaporkan terhempas petang tadi Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Marudi disahkan membawa empat petugas kesihatan yang sedang menjalankan tugas rasmi.
Empat petugas itu membabitkan seorang Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan dua orang jururawat.
Al Fatihah.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my & /https://www.kosmo.com.my/
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply