Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana sudah tidak lagi berhubung dengan bekas suaminya, Yusuf Bahrin sejak bercerai April lalu.

Perceraian menamatkan ikatan sebagai suami isteri, tetapi kasih sayang dan silaturahim dengan keluarga bekas suami tidak seharusnya berakhir begitu sahaja.

A woman in a black hijab speaking into a microphone while seated in a brown leather chair, wearing a dark green suit.

Ujar pelantun lagu Eh! itu, dia menganggap tiada sebab untuk dirinya memutuskan silaturahim bersama ibu dan bapa Yusuf. Malah, keluarga mentuanya itu sering menziarahinya setiap kali masa lapang.

“Saya dan Yusuf memang tak ada berhubung. Saya memang terus ‘cut off’ (putuskan hubungan) tapi dengan keluarga dia — mak, abah, adik ipar dan mak saudara dia semua, alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung.

“Mak dan abah mentua saya orang yang sangat baik, jadi saya rasa hubungan dan silaturahim itu tak patut saya putuskan. Kadangkala mak sendiri cakap dan berdoa supaya ukhwah kami berkekalan hingga ke jannah.

“Baru-baru ini mereka datang ziarah saya ke rumah, bawa macam-macam makanan seperti asam pedas, kerepek dan kuih.

“Masya-Allah, inilah kebahagiaan. Walaupun nampak macam biasa, tapi ini menyenangkan saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Yang Tinggal baru-baru ini.

A group of five individuals posing for a photo at a promotional event for a music release titled 'Yang Tinggal', with a backdrop featuring artists and branding from Icon Records and Sony Music.

Anggap Seperti Ayah Sendiri

Tambah Zizi lagi, dia melihat mentua sebagai insan yang sangat dihormati dan disayangi, terutama bapa mentuanya yang dianggap seperti seorang ayah.

Kenangan menunaikan umrah bersama keluarga bekas suami pada 2025 juga menjadi antara pengalaman paling bermakna buat Zizi.

A family portrait featuring seven family members seated together on a couch in a living room. They are smiling and dressed in traditional attire, with some wearing headscarves. The background shows a cozy interior with white curtains and a staircase.

“Saya dengan abah pergi umrah sama-sama pada 2025. Kami pergi umrah sama-sama dan duduk satu bilik.

“Itu adalah momen yang sangat berharga untuk saya simpan sampai bila-bila. Walaupun saya dengan Yusuf berpisah, tetapi ALLAH bagi saya kehadiran seorang ayah.

“Jadi saya sangat bersyukur sebenarnya hubungan itu tak terputus dengan mereka,” katanya.

Ditanya bagaimana sekiranya jika dia terserempak dengan bekas suami di mana-mana acara, kata Zizi, dia akan berkelakuan normal seperti biasa.

“Ada saja kami terserempak di majlis atau acara sebab kawan-kawan dia merupakan kawan saya juga. Mereka akan beritahu saya yang Yusuf akan ada juga di acara tersebut, mereka tanya saya okey ke. Saya okey saja.

A woman in a stylish black outfit, featuring a long blazer and loose trousers, standing in front of lush greenery.

“Seingat saya mungkin ada sekali atau dua kali terserempak dalam satu majlis yang sama. Saya dah tiada apa-apa rasa, tiada perasaan tak puas hati ke ‘awkward’ ke tiada. Saya dah lupakan semuanya,” ujarnya.

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.

Mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam pada 2 April yang lalu.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading