Umum mengetahui menyimpan emas memberikan pelbagai manfaat penting terutamanya sebagai pelindung kekayaan dan disiplin kewangan jangka panjang.

Baru-baru ini,https://lifestylemediahub.com/ diundang untuk menyaksikan sendiri kumpulan pertama terdiri dari 15 ahli Sri Semantan Privilege Club (SSPC) di seluruh negara menerima banglo bernilai RM350,000 selepas mencapai tahap jualan emas berjumlah 20 kilogram secara berkumpulan.

Group photo of individuals posing with oversized decorative keys, celebrating an event, under a tent.

Menurut Pengerusi Kedai Emas Sri Semantan, Mohamad Hafizal Mahmood berkata, penerima sulung terdiri daripada ahli dari Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor dengan projek berkenaan menjadi fasa pertama pemberian kediaman kepada ahli yang mencapai tahap Freedom tersebut.

A man wearing a maroon patterned shirt with the name 'HAFZAL' on it, sitting in front of a backdrop with decorative elements and banners, smiling at the camera.
Pengerusi Kedai Emas Sri Semantan, Mohamad Hafizal Mahmood

“Rumah ini adalah pencapaian tertinggi bagi mereka selepas melalui beberapa fasa tertentu dalam komuniti, bermula daripada Affiliate, Assistant Manager, Manager, Master Manager sebelum mencapai tahap Freedom.

“Selain rumah, mereka sebelum ini turut berpeluang menerima pelbagai ganjaran termasuk kereta, pakej melancong, umrah dan emas untuk simpanan peribadi,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Freedom dan Kenduri SSPC di Tok Uban di sini pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, kelayakan untuk mencapai tahap Freedom melibatkan pencapaian kumpulan dengan jualan sebanyak 20 kilogram emas.

Katanya, pemberian kediaman itu bukan sekadar penghargaan terhadap pencapaian ahli malah sebahagian daripada usaha membina komuniti yang dapat berkongsi manfaat daripada aktiviti berkaitan emas.

Construction site billboard for 'Perumahan Sri Semantan' featuring a residential development plan with an artistic rendering of houses and a layout map showing 15 units of bungalows.

“Antara mereka bukan daripada golongan yang hidup mewah. Ada yang sebelum ini berniaga kecil-kecilan, menjaja dan ada juga penerima asnaf.

“Kami mahu mereka sama-sama berkongsi rezeki dan membantu masyarakat melalui komuniti yang dibentuk,” katanya.

Mohamad Hafizal berkata, penyerahan rumah berkenaan dimulakan di Kelantan sebagai lokasi pertama sebelum konsep sama dikembangkan ke negeri lain pada masa akan datang.

tambah Hafizal lagi, Emas Sri Semantan bukan sebuah syarikat pemaju perumahan, sebaliknya hanya menjalankan perniagaan emss dan kediaman itu merupakan inisiatif penghargaan kepada ahli yang mencapai tahap membanggakan dalam perniagaan emas.

“Dulu Bawa E-Hailing, Ubah Nasib Sejak Sertai Emas Sri Semantan

 Salah seorang penerima banglo berkenaan merupakan bekas pemandu e-hailing, Mohd Din Sugiman, 61, yang menyifatkan penyertaan dalam perniagaan emas bersama Emas Sri Semantan menjadi titik perubahan besar dalam kehidupannya selepas melalui tempoh sukar dalam kehidupannya.

Dia sebelum ini mencari pendapatan sebagai pemandu e-hailing selama lima tahun terpaksa bekerja jarak jauh hingga ke beberapa negeri bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya merupakan seorang yang dikategorikan sebagai golongan asnaf. Saya pernah memandu e-hailing dari Kuantan, Pulau Pinang, Perlis hingga Johor untuk mencari makan.

“Saya mula menyertai Emas Sri Semantan pada 2 Jun tahun lalu dan mencapai pencapaian pertama lima kilogram emas sekitar November tahun yang sama sebelum akhirnya mencapai tahap Freedom dalam tempoh kira-kira setahun,” katanya ketika ditemui pihak media.

A man wearing a red cap and sunglasses sits in front of a sign promoting a housing project called 'Reward Rumah Sri Semantan Privilege Club'. He has a ring on his finger and is holding the sign that features an illustration of a house surrounded by greenery.

Malah sebelum menerima banglo berkenaan, dia terlebih dahulu telah memperoleh beberapa ganjaran lain termasuk sebuah Toyota Vios dan Vellfire hasil pencapaian yang dicapainya.

Mohd Din berkata, dia juga bersyukur tidak lagi penerima bantuan asnaf selepas memperoleh pendapatan melalui aktiviti jualan emas bersama komuniti tersebut. Dia menggunakan segala ilmu dan pengetahuan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak Emas Sri Semantan ketika bertemu dengan prospek yang berminat menyertai komuniti tersebut.

“Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana diberi peluang mengubah kehidupan daripada dulu bukan siapa-siapa, tetapi sekarang dapat mencapai kejayaan seperti ini,” katanya mengakhiri perbualan.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading