Dalam menghiburkan peminat sempena Konsert Spideraya 30 tahun Spider, vokalis Spider, Tam tampil memohon sokongan orang ramai untuk meringankan beban sahabat baiknya, penyanyi, Andy Flop Poppy, yang memerlukan dana lebih RM90,000 bagi membiayai kos pembedahan anaknya.

A musician performing on stage, wearing sunglasses and a hat, playing an electric guitar with a colorful light display in the background.

Tam berkongsi perkara itu semasa Konsert Spideraya menyambut ulang tahun ke-30 kumpulan itu di Idea Live Arena, di sini, kelmarin.

Menurut Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah, 53, anak kepada Andy iaitu Inaz, menghidapi penyakit skoliosis serius dengan lengkungan tulang belakang mencecah kira-kira 48 darjah.

A musician with a beard plays an acoustic guitar and sings into a microphone while seated on a chair during a live performance.

“Saya ingin buat pengumuman di mana sahabat saya, Andy Flop Poppy, iaitu anaknya, menghadapi sedikit ujian. Andy diberi satu ujian dan memerlukan dana yang agak besar.

“Jadi, dengan adanya anda semua di sini, saya ingin ambil kesempatan untuk meringankan beban sahabat saya, Andy bagi membantu anaknya untuk membuat pembedahan yang memerlukan dana lebih RM90,000.

“Jadi kalau sama-sama kita tolong, insya=Allah dapat ringankan (beban) sahabat saya itu,” katanya di hadapan peminat.

Tam turut berkongsi, dia bakal menjayakan ‘showcase’ amal anjuran Nizam Laksamana. Acara yang akan dianjurkan pada 3 Oktober ini bertujuan membantu pesakit kanser, pemuzik yang memerlukan dan sesiapa sahaja yang diuji dengan masalah kesihatan.

“Jadi, kalau sesiapa yang berminat untuk bersama, kita hendak bantu pesakit kanser dan pemuzik serta sesiapa sahaja yang memerlukan.

“Kita yang ada kuasa dan ada kudrat lagi ini, sama-sama kita bantu, okay? Teruskan berdoa dan jangan berputus asa,” katanya.

A musician performs on stage with an acoustic guitar, illuminated by spotlight against a dark background filled with a cheering crowd holding mobile phones.

Sementara itu, konsert Spideraya yang berlangsung selama lebih dua jam semalam, mempersembahkan 31 seleksi lagu menerusi tiga segmen kepada peminat yang hadir.

Segmen pertama menampilkan lagu Ayat Penyengat, Telinga Ke Tulang, Kacap Terlabik, Cinta Dewa Dewi, Phobia, Tapi Bagaimana, Kita Satu, Hidupku, Kerongsang dan Ngam Ho.

Musical performers on stage with guitars, surrounded by an enthusiastic crowd at a concert.

Vokal Tam sememangnya menyengat dan menambat hati para penonton. Malah penulis yang berada di zon berdiri bersama Gen Z yang turut menari dan menyanyikan lagu-lagu Spider.

Antara lagu hits yang dipersembahkan ialah Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladin, Laukku Cukup Masin, Tapi Bagaimana, Kerongsang dan Relaku Pujuk.Nazraku, Aladin dan sebagainya. Secara total, 30 buah lagu telah dihidangkan buat para peminat.

A live music performance on stage with a band playing instruments, illuminated by colorful lights. A large screen in the background displays the text 'DAPAT RASAKAN CINTA.'

Konsert yang dihadiri hampir 5,000 penonton itu turut mengadakan tribute bagi mengenang sahabat dan rakan seperjuangan yang sudah pergi termasuk komposer, Allahyarham Loloq menerusi lagu Permataku Suria. Vokal Tam agak bergetar menahan rasa tatkala menyampaikan lagu untuk segmen tribute tersebut.

Bukan hanya itu, Spider juga memberi penghormatan kepada rakan sekumpulan mereka, Allahyarham Tony Iskandar (bekas pemain bass) dan Napie (bekas pemain gitar) yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan muzik band yang ditubuhkan pada 1996 itu.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading