Setelah dua dekad meladeni sepak terajang belantika hiburan Nusantara, New Boyz akan selalu menjadi sebuah kugiran yang malar segar, terutama pada karya-karya yang dihasilkan.

Maka apabila konsert demi konsert yang mereka lakukan sepanjang karier sentiasa dipenuhi peminat, itu bukan bermakna New Boyz perlu ‘berhenti’ melakukan persembahan serta interaksi secara langsung.

A group of eight musicians posing together on stage, dressed in casual and stylish outfits, each holding musical instruments like guitars. The background is dark with stage equipment visible.

Malah kemunculan semula kugiran yang dianggotai oleh Tomok (vokalis), Jay dan Afiez (gitar); Zack (bes); Along dan Ristoe (dram) itu di pentas konsert dalam beberapa tahun kebelakangan ini memperlihatkan bagaimana lagu-lagu lama mereka masih mampu menghubungkan peminat daripada generasi berbeza.

Justeru, New Boyz memberi khabar gembira buat peminat apabila mengumumkan penganjuran Konsert New Boyz Meraung – Live in Singapore.

Dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2026, di The Star Theatre, Singapura, bermula pukul 8 malam, konsert tersebut dianjurkan oleh MSN Entertainment.

Poster for New Boyz concert titled 'Meraung' live in Singapore on 5 December 2026 at The Star Theatre, featuring event details and performers.

MSN Entertainment menyifatkan New Boyz Meraung – Live in Singapore sebuah penganjuran yang signifikan dengan usia, karier dan fenomena yang dicetuskan sepanjang lebih 20 tahun bertahan dalam belantika muzik.

“Sengaja konsert ini diberi nama New Boyz Meraung – Live in Singapore sempena mengenang momen yang sangat signifikan dengan kugiran ini sendiri. Meraung adalah lagu yang cukup hit dari album Akur yang diterbitkan pada tahun 2000 dan kini, selepas 26 tahun ia masih relevan serta sangat signifikan kepada peminat lama serta bakal menjadi ‘salam kenal kepada semua peminat generasi baharu, ujar Aynn dari MSN Entertainment.

Meski memakai nama Meraung, New Boyz juga akan mempersembahkan rendisi daripada katalog 

lagu yang sudah menjadi sebahagian daripada memori muzik generasi 1990-an. Dan tentu sahaja ‘Sejarah Mungkin Berulang’ pada malam New Boyz Meraung – Live in Singapore, 5 Disember 2026 kerana kugiran ini tidak pernah menghampakan peminat lewat kredibiliti mereka sebagai karyawan muzik.

Bercakap mengenai New Boyz Meraung – Live in Singapore, Tomok memberitahu konsert ini akan menjadi satu permulaan baharu lagi buat New Boyz terutama di negara yang telah banyak menyokong karier mereka sejak awal kemunculan sehingga kini.

“Selepas dua tahun kami tidak mengadakan persembahan, New Boyz memilih untuk memulakan konsert di Singapura sebagai apresiasi kepada peminat di sini yang tidak pernah putus menyokong perjalanan seni kami sejak dahulu sehingga kini.

“Jika diimbau, Singapura adalah negara yang paling kerap New Boyz singgahi pada zaman awal kemunculan dan tanggal 5 Disember 2026 ini, kami mahu kembali dengan New Boyz Meraung – Live in Singapore, bukan sahaja untuk membangkitkan nostalgia tetapi merayakan kesetiaan semua peminat buat kami,” ujar Tomok yang juga berharap dapat ‘mencuri hati’ peminat dari Brunei, Indonesia dan Malaysia berkumpul dalam perayaan  New Boyz Meraung – Live in Singapore di Singapura kelak.

Seating chart for New Boyz Merauang concert in Singapore, featuring different ticket categories including Diamond, VIP, Platinum, Gold, and Silver, along with their respective prices.

Untuk sama-sama merayakan, menikmati, menyelak babak nostalgia lama atau berkenalan dengan New Boyz, tiket dengan beberapa kategori bermula SGD99  (Silver) , diikuti Gold (SGD149), Platinum (SGD159) dan Diamond (SGD169) boleh dibeli menerusi SISTIC.

Istimewa buat peminat yang mahukan pengalaman lebih eksklusif, tiket VIP ditawarkan pada harga SGD259. Pemegang tiket VIP turut menerima beberapa keistimewaan termasuk sesi bertemu dan beramah mesra bersama anggota New Boyz (meet & greet), pas VIP eksklusif, lanyard, poster serta beg tote. 

Anda juga diberikan akses ke laluan ekspres bagi pemeriksaan barangan dagangan dan tiket.

Untuk itu, jangan terlepas ‘meraung’ bersama New Boyz pada New Boyz Meraung – Live in Singapore pada 5 Disember 2026 di The Star Theatre, Singapura bermula pukul 8 malam.

Jangan salahkan New Boyz dan ‘meraung’ sendirian jika anda terlepas menjadi salah satu saksi konsert ini!

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading