Mengangkat kisah seorang wanita yang cuba meneruskan kehidupan selepas melalui pengalaman traumatik, drama Sumpahan Mencintai tampil dengan gabungan elemen emosi, kekeluargaan, cinta dan misteri menerusi karakter Akiera yang dilakonkan Siti Hariesa serta Zakief yang dibawakan Niezam Zaidi.

A romantic scene featuring a man and woman on a grassy field, with flowers around them. The man, wearing glasses and a pink shirt, is leaning towards the woman, who is lying on the ground in a white sweater, looking up at him. Text overlay includes details about an upcoming show titled 'Sumpahan Mencintai', starting September 14, 2026.

Menariknya, drama terbitan Radius One Sdn. Bhd menerima sentuhan sutradara berkaliber, Rashid Sibir ini  tidak hanya menjadikan kisah percintaan sebagai teras, sebaliknya mengetengahkan persoalan lebih besar tentang trauma, penghakiman masyarakat, ketabahan wanita, maruah keluarga, kebenaran dan peluang untuk seseorang membina semula kehidupannya.

A young woman sitting on the ground in a forest, hugging her knees and looking distressed, with rain falling around her.

Lebih mengujakan, Sumpahan Mencintai yang kini ditayangkan menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam ini juga perdana kali menyaksikan Siti Hariesa bergelut dengan trauma sementara Niezam Zaidi yang sudah ‘pekat’ dengan karakter antagonis menghidupkan watak ‘green flag’ dalam ‘bahasanya’ tersendiri.

A man and a woman are interacting cheerfully indoors, with the woman smiling and looking at something the man is holding. The man is wearing glasses and has a friendly expression.

Sumpahan Mencintai menampilkan Akiera seorang wanita yang kembali ke kampung halaman selepas tiga tahun dengan membawa kesan daripada satu kejadian besar yang telah mengubah hidupnya.

Akiera telah diculik dan dipaksa menyaksikan satu pembunuhan. Namun, kebenaran mengenai kejadian tersebut dirahsiakan demi menjaga hubungan kekeluargaan, menyebabkan Akiera terpaksa memikul beban trauma itu dalam diam.

A young woman with long hair wearing a striped sweater appears emotional, standing in a well-lit room with modern furnishings.

Kepulangannya ke kampung pula tidak seperti yang diharapkan apabila dia berdepan dengan tuduhan, penolakan dan pandangan serong masyarakat, termasuk daripada individu terdekatnya.

Di sinilah perjalanan Akiera menjadi antara fokus utama Sumpahan Mencintai, bagaimana seorang wanita yang telah melalui pengalaman traumatik cuba meneruskan kehidupan apabila orang di sekelilingnya hanya melihat apa yang berlaku di permukaan tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Cabaran Berbeza”-Siti Hariesa

Bersyukur dan teruja kerana diberikan kesempatan menjadi Akiera, Siti Hariesa berkata Sumpahan Mencintai memberi dirinya cabaran yang berbeza terutama dalam bermain dengan dua emosi pada satu karakter.

A woman with long hair sitting in a room, looking concerned or pensive.

“Sebagai Akiera saya perlu banyak bermain dengan emosi seperti bersikap ceria pada situasi normal dan kemudian menjadi trauma apabila terkenang hal-hal buruk yang berlaku kepadanya.

“Jadi boleh dikatakan saya berjaya menjalani transisi mood normal ke trauma atau sebaliknya adalah dengan mengikut emosi dan pemahaman saya selepas membaca skrip serta bantuan pengarah serta seluruh tim produksi drama ini,” ujar Siti Hariesa.

Watak Green Flag Niezam Zaidi Serlah Sisi Lelaki Pilihan

Dalam masa yang sama, Sumpahan Mencintai menyaksikan Niezam Zaidi menawarkan sisi berbeza menerusi watak Zakief.

Selepas sering membawakan karakter lelaki yang keras, bermasalah, psiko atau ‘red flag’, kali ini Niezam hadir sebagai seorang lelaki yang melalui perubahan besar sepanjang cerita bermula dengan menghukum Akiera tetapi berubah apabila mula memahami perkara sebenar yang berlaku terhadap wanita malang itu.

A man holding a tray of food, including rice and meat, stands in a doorway while a woman looks at him with a surprised expression.

Daripada seorang lelaki yang cepat menghukum, Zakief mula belajar untuk memahami. Rasa benci yang pada awalnya menguasai dirinya perlahan-lahan bertukar menjadi rasa tanggungjawab dan akhirnya cinta.

Perubahan karakter ini memberi peluang kepada Niezam untuk menampilkan sisi ‘green flag’ yang berbeza daripada watak-watak yang pernah dibawakannya sebelum ini.

Sebagai Zakief, dirinya menjadi seorang lelaki yang akhirnya memilih untuk melindungi, bertanggungjawab dan berdiri di sisi wanita yang dicintainya.

Menariknya, kekuatan Sumpahan Mencintai tidak terletak pada perjalanan dua karakter semata-mata tetapi turut mengajak penonton melihat bagaimana trauma boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap seseorang dan bagaimana sokongan, kefahaman serta penerimaan boleh menjadi sebahagian daripada proses untuk seseorang kembali menjalani kehidupan.

Jangan ketinggalan menyaksikan Siti Hariesa sebagai Akiera, wanita yang berjuang untuk berdamai dengan trauma masa lalunya dan Niezam Zaidi sebagai Zakief, karakter yang melalui perjalanan daripada seorang lelaki yang mudah menghukum kepada sosok yang memilih untuk melindungi dan mencintai.

Two women are seated outside near a tent, engaged in conversation. One is wearing a red hijab and a red jacket, while the other wears a striped shirt. They are surrounded by camping gear and a soft glow from outdoor lights.

Barisan pelakon seperti Nafiez Zaidi, Yuna Rahim, Uyaina Arshad, Ellya Keesha, Dilla Ahmad, Zaid Erakad dan Sharul Kamal turut memperkuatkan Sumpahan Mencintai.

Saksikan Sumpahan Mencintai bermula 14 September hingga 22 Oktober 2026, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam menerusi Slot Megadrama di Astro Ria atau Sooka.

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading