Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Meskipun ada adegan terasa hati antara ibu dan anak setiap hari, tetapi kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya.

Bagi pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, 48, dia menyifatkan tindakannya membuat luahan di media sosial berhubung isu keluarga adalah bersebab dan tidak bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.

A smiling woman wearing a light-colored hijab with colorful polka dots, posing for a selfie against a blue sky background.

Abby atau nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan berkata, apa dilakukannya juga sebagai teguran seorang ibu kepada anak yang mahu memperbetulkan keadaan terjadi pada masa itu.

“Saya ini bila kadang-kadang bersuara itu bersebab. Memang ada keperluan untuk saya bersuara. Kalau tidak (luah), memang saya tak dapat apa-apa. Lagi pun, saya dah pendam terlalu lama sebenarnya.

“Bahkan, saya rasa tidak semua pun yang saya cerita itu. Tetapi, Alhamdulillah nampak juga hasilnya, dan apa yang saya usahakan itu untuk kebaikan,” katanya kepada www.lifestylemediahub.com ketika ditemui selepas sidang media Konsert Elegent Selamanya semalam.

Abby yang juga anggota Elite berkata, dia sudah menjalankan tanggungjawab menjaga anak-anak dengan bekas suami, Norman Hakim, 50, dengan baik sejak mereka kecil, sehingga besar.

A group of four individuals, three women and one man, posing together in a snowy landscape with a body of water and clouds in the background. The women are dressed in winter attire, including a hijab and stylish coats, while the man is wearing a brown jacket and black pants.

“Tidak pernah pun saya berbahagi kasih ataupun macam tak adil kepada mereka. Kalau saya beli satu, biasanya saya beli semua. Kalau saya beli baju merah, semua dapat merah. Macam itulah contohnya.

“Saya memang orangnya begitu. Tapi bila kata orang yang macam-macam, banyak sangat spekulas. Contoh saya cakap apa yang isu sekarang, orang kaitkan cakap saya dengki pula. Kalau saya nak dengki, saya dah buat itu dari dulu,” katanya.

Terdahulu, kemelut keluarga Abby bersama bekas suami dan anak-anak kembali menjadi bualan warganet apabila baru-baru ini dia berkongsi titipan ucapan selamat ulang tahun ‘menghiris hati’ buat anak ketiga, Maria Danisha Hakim yang ke-18.

A young woman and an older woman posing together, both wearing elegant pink outfits and headscarves, sitting on a plush sofa in a softly lit room.

Abby turut mengakui dirinya makan hati dengan tindakan anak-anak yang didakwa sudah melupakan segala pengorbanannya selama ini dan dia berasa amat kecewa.

Elite Tetap Ada Show

Mengenai tawaran Konsert Elegent Selamanya yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Oktober ini, Abby berkata dia bersyukur Elite masih diminati dan terus mendapat peluang menjayakan ‘show’.

“Setakat ini, Elite memang ada tawaran ‘show’ diterima, dan Alhamdulillah, kami pun ‘happy’ sebab masih ada peminat yang terima dan beri sokongan kepada kami yang dikenali pada era 1990-an dulu. Sejak selepas konsert Elite itu.

“Kumpulan Elite sudah menjalin hubungan baik dengan Al Amin jadi apabila diberi kesempatan untuk terlibat dalam konsert ini, kami tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju.

“Jika ikutkan, Elite akan mendendangkan sekitar tiga buah lagu termasuk Tamparan Wanita dan Trauma,” katanya.

Promotional poster for the 'Elegant Selamanya' live concert featuring multiple performers, including Adira Suhaimi and Datuk Ziana Zain, set for October 30, 2026, at Zepp KL. The performers are dressed in stylish attire against a dramatic lighting backdrop.
Promotional poster for the live concert 'Elegant Selamanya' scheduled for October 30, 2026, at Zepp Kuala Lumpur, featuring ticket price details and seating sections.

“Cuma, sekarang kami tiada pihak pengurusan untuk Elite, dan apa-apa sahaja tawaran biasanya menerusi saya atau anggota yang lain. Apapun, kami semua okay sahaja dan memang seronok hibur peminat,” ujarnya.

Menurut Pengarah Elegant Cosmetics, Dato Al Amin yang juga penganjur Live Concert: Elegant Selamaya yakin acara tersebut mampu menarik perhatian peminat sekaligus memenuhi ruang Zepp Kuala Lumpur meski baru membuat pengumuman ia bakal berlangsung pada hujung bulan ini.

Live Concert: Elegant Selamaya yang membariskan 10 artis terkenal iaitu Dato Ziana Zain, Erra Fazira,  Adira Suhaimi, kumpulan Elite, Nourul, Anggrek, Umai, Odda, Zaki Yamani dan Azar Azmi dijadual berlangsung dalam masa satu 30 Oktober ini.

Pelakon Azar Azmi pula merungkai persoalan media mengenai kehadirannya dalam konsert yang dijadual berlangsung selama dua jam setengah itu.

Menurutnya, dia tidak akan menyanyi kerana ia bukan kepakarannya tetapi hadir sebagai sokongan kerana dirinya merupakan duta kepada Elegant Cosmetics selepas dilantik beberapa bulan lalu.

“Mustahil saya menyanyi tapi sebagai duta adalah tanggungjawab saya untuk hadir pada malam konsert,” katanya.

Menggabungkan eleman dunia kecantikan, muzik dan hiburan , Live Concert: Selamanya akan menyaksikan konsert mendapat sentuhan Pengarah Muzik, Jay Kugat yang bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan muzik dan persembahan para artis yang menyampaikan dua sehingga tiga lagu bagi setiap persembahan dapat disusun dengan kemas bagi membentuk pengalaman konsert yang menarik untuk penonton.

Tiket dengan kategori Elegant Royal VIP Royal Box (RM6,032), Elegant Prestige – VIP Numbered Seating ( RM499), Elegant Premiere – Numbered Seating (RM399), Elegant Premiere Limited Seat (RM199),  Elegant Deluxe* – Premium Seating  (RM358) dan Elegant Classic* – Premium Seating (RM259) di platform Ilasso Tickets.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading