Bapa kepada Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, mengiringi perjalanan terakhir anaknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, di sini, malam ini.

Jenazah pelajar Tingkatan Empat itu selamat dikebumikan selepas solat maghrib, selepas selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) kira-kira pukul 5 petang.

A view of a gated entrance with traffic cones and a sign indicating entry rules, surrounded by greenery. An inset image of a woman wearing a hijab is shown in the corner.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke rumah keluarga di Kampung Parit Selamat untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah keluarga apabila ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah dewan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini, petang semalam.

A group of people gathered at night, participating in a planting ceremony, with one person watering a newly planted sapling while others observe and assist.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan badan sebelum disahkan meninggal dunia.

Kejadian itu turut membawa kepada penahanan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar berkenaan.

Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan membunuh dan suspek telah direman bagi membantu siasatan polis.

Allahyarhamah yang merupakan pelajar Tingkatan Empat itu disifatkan rakan-rakan sebagai seorang pelajar yang baik serta mempunyai potensi dalam akademik.

A group of three individuals engaged in deep conversation, with a man in a green shirt and a cap at the center, flanked by two women, one wearing a black hijab and glasses, and the other in a black outfit. In the background, several other individuals can be seen listening attentively.

Sementara itu, semua pihak diminta memberi ruang sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus bagi menentukan fakta sebenar berhubung kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, yang ditemukan mati dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Johor, Dr. Muhammad Naqib Ghazali berkata, pihaknya tidak mahu mendahului siasatan pihak berkuasa dalam kejadian yang mengundang kesedihan mendalam kepada keluarga mangsa.

Menurut beliau, orang awam termasuk pengguna media sosial juga diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan kejadian berkenaan.

“Berilah ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus bagi menentukan fakta sebenar kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, keselamatan dan kesejahteraan murid perlu kekal menjadi keutamaan, justeru kejadian serius yang berlaku dalam kawasan sekolah perlu dilihat secara menyeluruh termasuk memastikan mekanisme keselamatan yang diwujudkan sentiasa berfungsi dengan berkesan.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading