Jenama penjagaan kulit terkemuka, Elegant Cosmetics, bakal melakar satu lagi sejarah tersendiri menerusi penganjuran Live
Concert: Elegant Selamanya yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2026.

Promotional poster for the 'Elegant Selamanya' live concert featuring several performers, with details of the event date, time, and location.


Konsert julung kali ini diadakan khusus untuk memegang visi memperkasakan setiap individu agar tampil lebih yakin, berseri, dan menghargai keindahan kulit sendiri melalui solusi penjagaan kulit yang berkualiti tinggi sejak mula diperkenalkan pada tahun 2020.

Konsert ini menggabungkan elemen kecantikan, muzik, dan hiburan dengan pengarah muzik Jay Kugat memastikan persembahan berjalan lancar selama dua setengah jam.

Three individuals posing in front of a promotional banner for the 'Elegant Selamanya' live concert, scheduled for October 30, 2026, at Zepp Kuala Lumpur. The background features various concert details and images of performers.

Konsert ini tampil lebih istimewa apabila menghimpunkan seramai 10 barisan anak seni legenda serta figura popular daripada pelbagai generasi untuk merayakan konsep kecantikan secara universal.

Antara barisan artis hebat yang bakal memeriahkan pentas malam tersebut termasuklah penyanyi tersohor Datuk Ziana Zain, aktres jelita Erra Fazira, Adira Suhaimi, kumpulan vokal wanita popular Elite, Nourul, Anggrek, Umai, Odda, pelakon versatil Azar Azmi, serta Zaki Yamani yang menjadi satu-satunya penyanyi lelaki dalam barisan persembahan.

A man wearing sunglasses and a jacket speaking into a microphone at an event, with a promotional banner in the background for 'Elegant Selamanya' scheduled for October 30, 2026, in Kuala Lumpur.

Pengarah Elegant Cosmetics, Dato Al Amin yang juga penganjur Live Concert: Elegant Selamaya yakin acara tersebut mampu menarik perhatian peminat sekaligus memenuhi ruang Zepp Kuala Lumpur meski baru membuat pengumuman ia bakal berlangsung pada hujung bulan ini.

“Walaupun pengumuman konsert ini dibuat agak lewat iaitu sekitar 30 hari sebelum ia berlangsung, namun saya yakin dengan hebahan berita selepas sidang akhbar ini ia akan tular sekali gus menarik perhatian peminat membeli tiket yang mula dijual bermula 3 Oktober ini.

“Saya juga yakin, barisan 10 artis yang kami ketengahkan mampu menarik minat penonton sementelah mereka mewakili beberapa generasi artis yang sudah ada peminat tersendiri,” ujar Al Amin sewaktu ditemui dalam sidang akhbar yang diadakan di Ampang Coffee Club, Ampang.

Sementara itu, Abby Abadi yang mewakili kumpulan Elite memberitahu bersetuju untuk terlibat dalam konsert tersebut kerana mempunyai hubungan baik dengan penganjur. Malah dia juga tidak sabar untuk sepentas dengan rakan artis lain.

A woman smiling while taking a selfie outdoors, wearing a light-colored hijab with colorful polka dots and a matching blouse.

“Kumpulan Elite sudah menjalin hubungan baik dengan Al Amin jadi apabila diberi kesempatan untuk terlibat dalam konsert ini, kami tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju.

“Jika ikutkan, Elite akan mendendangkan sekitar tiga buah lagu termasuk Tamparan Wanita dan Trauma,” katanya.

Manakala pelakon Azar Azmi yang bertindak sebagai duta jenama pula mengulas mengenai penglibatannya dalam konsert tersebut apabila diajukan persoalan media mengenai kehadirannya dalam konsert yang dijadual berlangsung selama dua jam setengah itu.

“Saya tidak akan menyanyi kerana ia bukan kepakarannya tetapi hadir sebagai sokongan kerana saya merupakan duta kepada Elegant Cosmetics selepas dilantik beberapa bulan lalu.

“Mustahil saya menyanyi tapi sebagai duta adalah tanggungjawab saya untuk hadir pada malam konsert,” katanya kepada media.

Tiket dengan kategori Elegant Royal VIP Royal Box (RM6,032), Elegant Prestige – VIP Numbered Seating ( RM499), Elegant Premiere – Numbered Seating (RM399), Elegant Premiere Limited Seat (RM199), Elegant Deluxe* – Premium Seating (RM358) dan Elegant Classic* – Premium Seating (RM259) di platform https://www.ilassotickets.com/

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading