Apa yang berlaku apabila seorang penyokong tegar Arsenal cuba mengubah bekas teman lelakinya yang begitu setia kepada Chelsea?

Lebih menarik, lelaki itu bukan sahaja enggan menukar kesetiaan kepada kelab bola sepak kegemarannya, malah mengalami amnesia.

A vibrant scene featuring cartoon-like characters celebrating love, with a backdrop of a large billboard displaying 'PL, I love you' alongside various football club logos.

Itu antara konflik yang diketengahkan menerusi drama romantik komedi PL, I Love You, arahan terkini pengarah Michael Ang.

PL, I Love You yang yang menampilkan Kamal Adli, Intan Serah, Evertts Gomes, Theebaan G, Hawa Rizwana, Nina Jasmin dan Sean Lee sudah memulai tayangan pada 30 September lalu setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam di Astro Ria.

Drama lapan episod berdurasi sejam itu mengangkat kisah percintaan yang diselangi perseteruan dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Chelsea.

Lily yang dijayakan Intan Serah merupakan seorang peguam dan penyokong tegar Arsenal yang masih berpegang kepada impian arwah bapanya supaya dia berkahwin dengan seorang lelaki yang
juga penyokong The Gunners.

A young man wearing a denim jacket over a white t-shirt, standing with his hands in his pockets against a plain gray background.

Namun, pilihan hatinya, Adam (Kamal Adli), bukan sahaja penyokong setia Chelsea, malah mempunyai sejarah peribadi yang membuatkan dia begitu membenci Arsenal.

Adam yang merupakan pemilik bengkel kereta kemudiannya berdepan satu kejadian yang mengubah kehidupannya apabila dia tergelincir lalu jatuh dan mengalami kehilangan ingatan.

Tidak kurang menarik, unsur komedi digunakan untuk mengimbangi konflik yang sebenarnya agak berat.

Kisah mengenai amnesia, hubungan yang gagal, janji kepada orang yang telah meninggal dunia dan persoalan mengenai pengkhianatan boleh sahaja dibawa dalam nada serius, namun PL, I Love You memilih untuk menyelitkan unsur bola sepak dan situasi mencuit hati bagi menjadikan perjalanan Lily dan Adam lebih santai.

Three women posing together in front of a neutral backdrop. The woman on the left wears a pink top with a colorful embroidered vest and white pants. The woman in the center wears a white blouse and a beige skirt. The woman on the right wears a light purple sweater and a white skirt with black polka dots.

Selain itu, kehadiran elemen Liga Perdana Inggeris menjadikan drama ini mempunyai identiti tersendiri apabila perseteruan Arsenal dan Chelsea dijadikan sebahagian daripada perjalanan cinta dua
watak utama.

Buat Intan Serah, pengalaman menjayakan drama berkenaan juga menuntut mereka untuk mencari keseimbangan antara romantik, komedi dan konflik emosi, terutama apabila hubungan Lily dan Adam
menjadi nadi utama cerita.

Lily dihidupkan dengan watak yang mempunyai sisi lebih kompleks. Di sebalik imejnya sebagai seorang peguam yang berjaya dan wanita yang yakin dengan pendiriannya, Lily sebenarnya terperangkap antara cintanya kepada Adam, janji kepada arwah bapanya dan impiannya untuk berkahwin dengan seorang penyokong Arsenal.

A smiling woman wearing a red jacket over a white blouse and a light blue skirt, standing against a neutral background.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila dia mengambil keputusan untuk mempengaruhi Adam selepas lelaki itu mengalami amnesia.

Bercakap tentang pengalaman bermain di PL, I Love You, Intan mengakui cinta sesama insan boleh mengatasi cinta terhadap bola sepak. Pada saya perkara yang penting, meski berbeza pendapat kita
tetap hormat dan sayang antara satu sama lain.

“Kerana saya percaya sebagai orang yang hidup berpasangan, secara tidak langsung kita memang akan mempengaruhi pasangan kita.

“Tapi apa yang lebih penting daripada sibuk mengubah pasangan adalah salinh melengkapi, menerima seadanya lalu bertumbuh Bersama selagi ia tidak memudaratkan,” ujar yang pertama kali
‘berpasangan’ dengan Kamal Adli.

Hawa Buta, Theebaan G Temui Perspektif Baharu tentang Bola Sepak

Buat seorang lagi pelakon wanita dalam drama ini, Hawa Rizwana, watak Zara memberi cabaran tersendiri buatnya sementelah dia merupakan anak yatim piatu dan merupakan orang kelainan upaya
(cacat penglihatan).

A young man and woman stand together in front of a white backdrop. The man is wearing a black jacket, white shirt, and green cargo pants. The woman is dressed in a denim dress with floral embroidery and a white hijab, holding a book.

“Salah satu cabaran yang perlu membuat saya kekal konsisten dengan watak cacat penglihatan adalah babak saya menonton perlawanan Arsenal.

“Namun dalam masa yang sama saya perlu menjaga ‘mata’ supaya semuanya kelihatan nyata,” kata Hawa yang juga memberitahu akan membiasakan dirinya memejam mata sebelum penggambaran
berlangsung.

“Jadi biasanya sebelum masuk penggambaran, saya akan lakukan latihan pejam mata dan berjalan pegang tongkat sambil pejam mata supaya semuanya tidak kekok dan nampak sempurna,” katanya
yang banyak menerima bimbingan daripada pembimbing lakonan, Khairunazwan Rodzy, pengarah, Michael Ang dan Hadith.

Sementara itu, Theebaan G dan Evertts Gomes turut melahirkan rasa teruja apabila berpeluang terlibat dalam PL, I Love You.

Theebaan G yang sebelum ini sering tampil dengan watak aksi menyifatkan pembabitannya dalam PL, I Love You sebagai pengalaman baharu yang menampilkan sisi lain buatnya sebagai pelakon.

Diberi tanggungjawab menghidupkan watak Rama, aktor berusia 36 tahun itu mendedahkan dirinya tidak pernah mengikuti secara serius tentang masuk liga bola sepak Inggeris. Namun selepas terlibat
dalam PL, I Love You, dia mengakui telah memiliki perspektif berbeza dan faham mengapa bola sepak menjadi antara sukan terbesar di dunia.

“Saya tidak mengikuti liga bola sepak Inggeris tapi kenal juga pemain-pemain handalan dalam kelabkerana seingat saya, semasa tahun enam, untuk ‘masuk’ dalam perbualan rakan-rakan saya terpaksa baca surat khabar pada bahagian sukan dan hafal tentang kelab bola sepak.

“Ya, saya memang bukan peminat bola sepak. Namun selepas menjalani penggambaran di London, ia telah memberi saya perspektif baharu mengapa bola sepak menjadi hal yang sangat penting kepada penggemarnya.

“Sekarang saya juga faham bagaimana bola sepak boleh berkembang dalam masyarakat, dalam negeri atau negara dan seterusnya menjadi sukan yang penting di dunia,” ujar Theebaan G yang juga mengakui telah memuat turun aplikasi EPL dalam telefon bimbitnya.

Evertts sebagai Jason pula mengakui: “Ia cerita tentang yang tidak banyak berbeza, ia tentang dunia cinta terhadap insan dan dunia terhadap bola sepak.

A young man in an orange jacket and a cap stands back-to-back with a young woman wearing a pink sweater and a polka dot skirt. They both have arms crossed and are posing against a plain white backdrop.

“Namun PL, I Love You menjadi istimewa kerana ia merupakan drama pertama yang menyaksikan kolaborasi dengan Premier League dan ada pemain dari kelab Premier League menjadi cameo dalam
drama ini, nantikan.”

A promotional image featuring characters with oversized heads standing on personalized bases, set against a backdrop of a large billboard that says 'PL, I love you' with various football team logos. The scene includes couples interacting affectionately and emphasizes themes of love and football.

PL, I Love You yang turut dibintangi Nina Jasmine (Sofea) dan Sean Lee menjayakan watak Rayyan Danish sudah boleh ditonton menerusi Astro RIA dan Sooka.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading