“Anak Bertuah!“. Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berdepan detik cemas selepas anak bongsunya, Muhammad Afwa, memasukkan biji mutiara mainan ke dalam lubang hidungnya.

Kejadian berlaku selepas Siti pulang dari sesi latihan apabila Afwa, 5, didapati seperti membuat ‘silap mata’ dengan memasukkan objek berkenaan.

A young child with a concerned expression is sitting beside an adult, looking at their arm. The child appears to be in a cozy setting and there is text overlay discussing a recent incident involving a toy bead being placed in a nose, leading to an emergency visit.

 Perkongsian Biduanita Negara itu di Instagram Story, memaklumkan dia terpaksa bergegas membawa anaknya ke bahagian kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan.

A young boy with short hair sitting on a hospital bed, looking nervous, while a woman in a hijab and medical attire comforts him.

“Anak bertuah ibu, balik rumah dari latihan dia buat ‘magic’ masukkan biji mutiara mainan dalam lubang hidung. Dah kena pergi kecemasan.

“Masa ini Afwa tengah gementar, Ibu lagilah tengah ‘cuak’. Macam manalah nak keluarkan manik mutiara itu sebab nampak besar. Nak kena pembedahan ke apa? Kena tunggu pakar ENT (Telinga, Hidung dan Tekak). datang,” tulisnya.

Bagaimanapun, insiden itu selesai apabila Afwa terbersin semasa berada di hospital lalu mengeluarkan sendiri biji mutiara berkenaan.

A close-up of a hand holding a small pearl, with text describing a nervous situation and expressing relief and humor.

“Dalam gementar, Afwa kata nak terbersin tapi dia takut. Agaknya dah tahan lama sangat, dia lepaskan juga. Sekali keluar biji manik itu dengan hingus pada tangan ibu. Alhamdulillah, tamatlah sudah cerita kami untuk hari ini,” tulisnya.

Melalui komen di Instastory, ramai berkongsi ibu bapa berkongsi momen yang sama mengenai anak-anak mereka dan menganggap tindakan pantas Biduanita Negara itu adalah langkah terbaik untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Untuk rekod, Muhammad Afwa Khalid berumur 5 tahun. Makna indah di sebalik nama Muhammad Afwa ialah keampunan atau kemaafan.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading