Muhammad Heyqal Misnin dinobatkan sebagai Johan Bintang Suara MELILEA 2026 dalam pertandingan akhir yang telah berlangsung meriah di MELILEA APHQ, MELILEA Tower, Bangsar South, Kuala Lumpur, pada malam Sabtu lalu.

Three people celebrating at an event, one holding a trophy and another holding a large check for RM5,000.

Pertandingan anjuran MELILEA International Group of Companies yang berlandaskan tagline ‘IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA’ itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam usaha mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu dalam bidang seni dan muzik, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Dengan penyertaan lebih 200 peserta, Bintang Suara MELILEA 2026 berjaya mengetengahkan 19 finalis terbaik ke pentas akhir untuk merebut gelaran juara. Setiap finalis mempersembahkan keupayaan vokal, keunikan dan gaya persembahan tersendiri, sekali gus menjadikan persaingan pada malam kemuncak lebih menarik. 

A large group of individuals celebrating at an event, posing together with trophies. The background features a colorful banner and stage setup, indicating a festive atmosphere.

Penganjuran acara ini turut mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 700 penonton hadir di MELILEA APHQ bagi menyaksikan sendiri bakat-bakat yang dipertandingkan.

Kemenangan Heyqal menerusi lagu Oscar Winning Tears yang dipopularkan penyanyi Raye melayakkannya membawa pulang trofi, wang tunai RM3,000 dan baucar produk MELILEA bernilai RM2,000. 

Sementara itu, pemenang Naib Johan, Muhammad Hadi Hafsham Hanapi menerusi lagu I (Who Have Nothing) nyanyian asal Ben. E King, menerima trofi, wang tunai RM1,500 dan baucar produk MELILEA bernilai RM1,500. 

A group of four individuals stand together on stage at the Bintang Suara Melilea 2026 event, holding trophies and large prize checks. The person on the left holds a trophy and a check for RM3,000 for Naib Johan, while the second individual, a woman in a patterned dress, smiles and gives a thumbs up. The third individual holds a trophy and a check for RM5,000 for Johan, and the fourth individual holds a check for RM2,000 for Tempat Ketiga, both wearing traditional attire.

Manakala pemenang tempat ketiga, Ema Fazuana Mehat yang memilih lagu penyanyi Masrah Milan iaitu Cinta, membawa pulang trofi, wang tunai RM1,000 serta baucar produk MELILEA bernilai RM1,000.

Selain tiga pemenang utama, seramai 14 peserta turut menerima Anugerah Kecemerlangan sebagai pengiktirafan terhadap bakat dan persembahan yang ditampilkan. Mereka adalah Che Nurulsyafika Che Roslan, Hidayat Zainal, Lee Yee Keat, Mohammad Zulhusni Saidin, Mohd Fikri Abdullah dan Nuhammad Zulfeka Nasrun. 

A group of eight people celebrating on stage at the Bintang Suara Melilea 2026 event, holding large check prizes and trophies, with colorful banners in the background announcing the winners.

Turut menerima Anugerah Kecemerlangan adalah Nur Diyana Jeffri, Oliver Brad Martell, Putera Jefry Sham Bin Jisham, Putera Muhaymin Bin Hamizan, Putra Daniel Akasha Mohd Shamsukri, Siti Nur Atikah Mohamad Asri, Wan Aqilah Sofea Wan Mohd Noor serta Nurul Ainie Muhamad. 

Setiap penerima anugerah membawa pulang trofi, wang tunai RM300 dan baucar produk MELILEA bernilai RM500.

Bagi Anugerah Penampilan Terbaik, Sulaiman Ibrahim dipilih sebagai pemenang kategori lelaki, manakala Najmi Najihah Azlan memenangi kategori wanita. Setiap pemenang menerima trofi, wang tunai RM300 dan baucar produk MELILEA bernilai RM500.

Sementara itu, Nurul Ainie Muhamad turut meraih Anugerah Populariti – Undian Penonton, dengan membawa pulang trofi, wang tunai RM300 dan baucar produk RM500.

Group of six people posing at an event stage with awards in hand, featuring the text 'BINTANG SUARA' prominently displayed in the background.

Hadiah-hadiah berupa wang tunai dan baucar produk MELILEA untuk para pemenang disampaikan Datuk Prof. Dr. Alan Wong Kwai Hua, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan MELILEA International Group of Companies, serta Datuk Prof. Dr. Stella Chin, Pengasas Bersama dan Presiden Eksekutif Kumpulan MELILEA International Group of Companies, sebagai pengiktirafan terhadap bakat, usaha dan pencapaian para peserta.

NAS ADILA BERSAMA DANCE CREW HANGATKAN PENTAS

Suasana malam kemuncak bertambah meriah dengan persembahan pembukaan dan penutup yang bertenaga daripada penyanyi jemputan, Nas Adila, bersama Dance Crew. Persembahan tersebut berjaya menyuntik kemeriahan dan menghidupkan suasana sepanjang acara berlangsung.

Turut mencuri perhatian ialah Datuk Prof. Dr. Alan Wong Kwai Hua dan Datuk Prof. Dr. Stella Chin yang tampil menyanyi pada malam berkenaan, sekali gus menambahkan kemesraan dan keceriaan dalam meraikan bakat serta pencapaian para peserta.

A large audience seated under a tent, with several judges at the front, all appearing enthusiastic and engaged.

Pertandingan ini turut dinilai barisan juri berpengalaman dalam industri muzik dan hiburan, iaitu Edrie Hashim, komposer, pengarah muzik, pemain gitar kumpulan Wings dan pemilik Neo Gendang Studio; Ong Peng Chu (Pengurus Pembanguna Artis SWYM Entertainment Group); Erul Samah (penyanyi dan jurulatih vokal) Amanda Imani (komposer dan penyanyi) serta Datuk Prof. Dr. Alan Wong Kwai Hua; dan Datuk Prof. Dr. Stella Chin.

“Berlandaskan tagline ‘IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA’, Bintang Suara MELILEA 2026 bukan sekadar sebuah pertandingan untuk mencari juara, tetapi merupakan platform untuk menggalakkan golongan muda berani mengejar impian, menyerlahkan bakat dan membina keyakinan diri. Kami mahu para peserta melihat pengalaman ini sebagai satu langkah penting dalam perjalanan mereka untuk mengembangkan potensi dan membina masa depan yang lebih baik.

“Inisiatif ini selari dengan falsafah MELILEA, ‘Transforming Lives’, serta visi kami, ‘Transforming People’s Lives, Transforming The World’. Kami percaya bahawa apabila seseorang diberikan peluang, bimbingan dan sokongan yang sewajarnya, mereka bukan sahaja dapat mengembangkan potensi diri, malah berpeluang membawa perubahan positif kepada masyarakat.

“Melalui penganjuran Bintang Suara MELILEA 2026, kami berharap dapat terus menyediakan platform yang memberi inspirasi kepada generasi muda untuk berani melangkah ke hadapan, mengasah bakat dan merealisasikan impian mereka. Inilah antara usaha kami untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui pemerkasaan individu dan bakat tempatan,” katanya.

MENGANGKAT POTENSI GENERASI MUDA

Kejayaan penganjuran Bintang Suara MELILEA 2026 mencerminkan komitmen MELILEA International Group of Companies dalam menyokong pembangunan bakat tempatan melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain menjadi medan pertandingan, program ini turut membuka ruang kepada peserta untuk menimba pengalaman, meningkatkan keyakinan diri dan memperoleh pendedahan dalam suasana persembahan profesional.

MELILEA berharap agar inisiatif ini dapat diteruskan sebagai platform yang memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan muda untuk berani menonjolkan bakat, mengasah kebolehan dan meneroka peluang dalam bidang seni serta muzik.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylmediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading