Patutlah pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq menjadi kesayangan di kalangan peminat! Meskipun baharu sehari bergelar suami isteri, pasangan ini terus mengadakan majlis istimewa buat peminat mereka sabtu lalu.
Menerusi perkongsian di Threads, kelab peminat pasangan itu yang dinamakan sebagai BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) menzahirkan rasa syukur apabila majlis itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan orang ramai terhadap pasangan itu.
Menurutnya, kebiasaannya majlis beramah mesra bersama peminat diadakan selepas selesai semua majlis namun pasangan itu memilih pendekatan berbeza.
Belum pernah lagi mana mana artis buat majlis resepsi bertemu dan beramah mesra dengan peminat sehari selepas majlis nikah.
Biasanya majlis dengan peminat akan dibuat akhir sekali selepas semua majlis selesai.
Tapi begitulah seorang Bella dan Saddiq yang sentiasa menghargai semua peminat yang dah memberi sokongan dari awal sehingga hari ini.
Difahamkan, majlis itu turut dihadiri peminat dari pelbagai negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, yang hadir bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap pasangan berkenaan.Turut kelihatan di majlis tersebut ialah Ayden dan Ara yang nampak serasi bergandingan dengan daddy mereka.
Ramai yang datang dari jauh, ada dari Brunei, Singapore, Sabah dan Sarawak selain dari seluruh negeri di semenanjung Malaysia.
Pelakon Bella Astillah tampil anggun mengenakan persalinan khas rekaan rumah fesyen tersohor negara, Rizman Ruzaini, ketika majlis bersama peminat dan penyokong setia BASS.
Melengkapkan penampilan Bella, solekan oleh Sharhim Khan menyerlahkan seri wajahnya, manakala sentuhan dandanan rambut oleh Syuk Qadir menyempurnakan keseluruhan gaya pengantin.
Terdahulu, Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada pagi Sabtu.
Leave a Reply