Jika anda terperangkap di dalam lif, apakah tindakan yang bakal anda lakukan?. Panik atau tidak? Penyanyi Ara Johari berkongsi detik cemas apabila dia terperangkap di dalam lif ketika menghadiri sebuah acara di Sarawak, baru-baru ini.

A person sitting in an elevator corner, wearing a black and pink jacket. They have long black hair with sparkles and are smiling. There is a yellow cart beside them and other partially visible people in the frame.

Kejadian yang berlaku ketika dia sedang bersiap sedia untuk menghadiri acara itu menjadi antara memori yang dikenang dalam perjalanan kariernya sebagai penyanyi.

“Ketika itu, saya berada di sebuah hotel di Sarawak untuk menghadiri sebuah acara. Hotel itu bersambung dengan pusat beli belah.

“Bila jam 3.30 petang, saya nak naik ke bilik, lif itu tersangkut. Di dalam lif tersebut, ada saya, pengurus dan pasukan medik bagi acara berkenaan.

“Ketika itu, saya bertenang sahaja kerana saya tak tahu nak buat apa. Cuma pengurus saya yang berusaha membuka pintu lif,” katanya  ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya, berjudul Kisah Yang Hampir Sempurna di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, pada Selasa.

A model wearing a stylish dark blue oversized blazer with unique details, posed confidently in front of a light gray background.

40 Minit Dalam Lif Tanpa Bantuan Kerana….

Jelas penyanyi lagu Menjaga Jodoh Orang Lain itu lagi, dia terperangkap hampir 40 minit sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan juruteknik.

“Nasib baik juga saya terperangkap di dalam lif bersama pengurus serta pasukan medik yang bertugas untuk acara tersebut. Sekurang-kurangnya saya tidak panik, cuma tak tahu nak buat apa”-Ara Johari.

“Ketika dalam situasi itu, talian telefon memang tiada langsung. Bila kita tekan butang loceng pun tak didengari kerana kami tersekat di bahagian parkir yang tiada orang naik langsung.

“Bila kita dapat buka sedikit pintu lif itu, barulah kami dapat hubungi pasukan saya dan pihak program untuk menukar waktu acara serta hubungi juru teknik untuk mengeluarkan kami.

“Saya tersekat hampir 40 minit. Selepas dapat buka pintu lif, kami kena panjat untuk keluar,” ujarnya lagi.

Tenang Kerana…

Ditanya media sama ada insiden tersebut membuatkan dirinya fobia untuk menaiki lif, Ara bagaimanapun bersyukur kerana masih mampu bertenang ketika berdepan situasi cemas itu.

A woman in a black outfit is speaking while clasping her hands, sitting in a modern setting with a painting visible in the background.

“Saya pula tak tahu nak beri reaksi bagaimana ketika itu. Bila hal itu berlaku, saya tidak terlalu panik. Nasib baik ketika itu saya ada bersama pengurus.

“Kalau saya seorang diri, tak tahulah apa yang akan berlaku. Rasanya saya akan reda sahaja sehingga pintu terbuka. Saya tidaklah alami Claustrophobia di tempat sempit.

“Nasib baik ketika itu tidak terlalu ramai orang di dalam lif. Selepas kejadian itu, saya masih rasa biasa sahaja dan tidak fobia untuk menaiki lif,” ujarnya mengakhiri perbualan bersama www.lifestylemediahub.com

‘Sedekad BersuAra’ 

Pada majlis yang sama, Ara melancarkan single terbaharunya berjudul Kisah Yang Hampir Sempurna, hasil nukilan Aepul Roza dan Daus Drama Band. Di samping itu, Ara turut mengumumkan bakal mengadakan showcase istimewa yang diberi nama ‘Sedekad BersuAra’ bagi meraikan genap 10 tahun penglibatannya dalam industri seni.

Urusan pembelian tiket akan diberitahu kelak. Layari www.lifestylemediahub.com untuk informasi lanjut.

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading