Perdebatan di antara batik Malaysia dan Indonesia ini sememangnya sudah agak lama menjadi topik yang dibincangkan di kalangan masyarakat Malaysia mahupun negara jiran.
Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim tampil memberikan penjelasan mengenai pakaian batik yang digayakannya susulan ruangan komen pada perkongsiannya itu dipenuhi perbalahan yang dipercayai melibatkan netizen Indonesia.

Menerusi perkongsian di Threads, Ryzal menjelaskan bahawa batik yang dipakainya itu merupakan hasil tempahan khas daripada pereka fesyen Malaysia dan bukannya dibeli di Indonesia.
“Ini Batik Malaysia, tempahan khas dari Designer Malaysia, bukan beli di Indonesia harap maklum,” tegasnya.

Tambah Ryzal lagi, dia tidak pernah mendakwa batik yang dipakainya berasal dari Malaysia, sebaliknya hanya ingin menunjukkan rasa bangga terhadap hasil seni batik tempatan yang disifatkannya mempunyai keistimewaan tersendiri dan cantik.
Ryzal turut memuat naik resit tempahan khas dari Designer Malaysia, bukan beli di Indonesia.
Ini bukan kali pertama Maryam dan Ryzal menggakan gabungan pakaian tradisi Korea dan Malaysia untuk majlis, malah Maryam menggayakan gabungan songket dan hanbok ketika dilantik sebagai duta K-Halal Food awal tahun ini.


“Semua tahu Batik asal Indonesia, tapi Malaysia juga ada corak Batik tersendiri,” tulisnya.
Rasa Kecewa
, Ryzal turut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang didakwa meninggalkan komen kurang menyenangkan sehingga mencetuskan perbalahan di ruangan komen.
Malah, dia turut menyindir tindakan individu terbabit yang disifatkannya tidak mencerminkan pemikiran matang meskipun dirinya mengakui kagum dengan sejarah Indonesia.
“Wahai warga Indonesia, saya kagum dengan sejarah kalian namun melihat jijiknya pemikiran dalam ruangan komen, kalian berjaya buktikan pada dunia IQ kamu sungguh rendah,” tegasnya.

Ryzal pernah berdepan dengan isu yang sama di mana dia meluahkan rasa terkejut apabila foto percutian keluarganya ke Jakarta baru-baru ini menjadi perbalahan dipercayai netizen dari Indonesia di ruangan komen.
Malah Ryzal juga tampil menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui sebarang isu berkaitan Malaysia dan Indonesia, termasuk perkara membabitkan bola sepak.
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com




Leave a Reply