Tular sekeping foto Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat mengalami kecederaan ringan menjelang konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Menerusi foto dalam InstaStory miliknya, terlihat bekas luka kecil pada bahagian bawah mata dan lebam di pipinya.

Siti bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai kecederaan tersebut kepada umum namun hanya berharap konsert tradisional esok (hari ini) berjalan lancar.

“Bismillah semoga dipermudahkan. Jumpa esok Sitizoner sayang!” katanya ringkas.

Walau bagaimanapun, persoalan tersebut terjawab melalui sepotong video memaparkan Biduanita Negara itu sedang sibuk mengadakan latihan intensif sempena konsert Tradisional Gema Bumantara.

Menerusi perkongsi https://www.mediahiburan.my/ di Instagram, ia memaparkan Dato Sri Siti Nurhaliza tersembam sewaktu menjalani latihan bersama para penarinya baru-baru ini.

Rentetan itu, foto tersebut tular dalam media sosial selain ramai mula membuat andaian pelantun Cindai itu mengalami kecederaan ketika sesi latihan konsert.

“Semoga cepat sembuh dan banyakkan rehat TokTi, apa pun tak sabar nak tengok persembahan bertaraf dunia.

“Alahai risau tengok kecederaan itu, harap tiada perkara yang serius,” komen peminatnya.

“Terjatuh ke,” tanya seorang peminat.

Alhamdulillah penyanyi kesayangan ramai ini dalam keadaan yang baik dan mampu memberikan persembahan yang terbaik untuk para peminat yang membanjiri Stadium TM Nasional Bukit Jalil malam ini.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading