Tiket Bermula RM198
30 Januari 2027 barangkali hanya menjadi tarikh biasa buat segelintir daripada kita tetapi tanggal keramat tersebut akan terukir sebagai malam paling langka dengan momen epik tiada dua.
Pada tanggal 30 Januari 2027 ini akan berlangsung konsert julung kali dan eksklusif kerana hanya berlaku di Malaysia. Ia akan menjadi satu malam merayakan dua legenda lalu pulang bersama sejuta kenangan.

Bukan sekadar dua band legenda, dua persona, dua karakter muzik yang dipersembahkan secara langsung pada momen langka di malam penuh magis, SOBAT NAKAL LIVE IN MALAYSIA 2027 adalah konsert yang wajib diingati oleh seluruh penggemar Padi Reborn serta Gigi.
Kerana pada 30 Januari 2027, bertempat di Mega Star Arena Kuala Lumpur, para Sobat dan Gigi Kita akan berhimpun di bawah satu bumbung lalu menikmati dua selera muzik berbeza dalam satu euforia; puitis dari Padi Reborn dan energetik dialirkan oleh Gigi.
SOBAT NAKAL LIVE IN MALAYSIA 2027 juga akan menjadi momen sejuta kenangan peminat menyaksikan reputasi serta kepakaran kelas virtuoso (mahir) yang tentu sahaja dipersembahkan penuh
jitu oleh dua band tersohor Indonesia ini.
Dua Band Hebat Satu Pentas!
“SOBAT NAKAL LIVE IN MALAYSIA 2027 adalah sebuah perayaan lintas negara dan generasi buat Padi Reborn dan Gigi yang telah bertahan malah masih kekal relevan dalam tempoh 30 tahun penubuhan mereka.
“Kami percaya Sobat Padi dan Gigi Kita juga sangat menantikan momen magis ini untuk menyaksikan dua legenda berkongsi pentas, berkolaborasi meski genre dan gaya persembahan tidak sama sekali gus bakal menikmati keberagaman dan keunikkan yang ditampilkan kelak.
“Dengan reputasi yang bukan lagi rahsia, identiti Padi Reborn dan Gigi iaitu nuansa rock mereka, kepakaran tingkat tinggi terutama pada gubahan lagu dan permainan instrumen serta karya-karya yang
diciptakan sejak tahun 90-an sehingga kini cukup melekat dalam hati peminat.

“Itu menjadi alasan kami gabungkan Padi Reborn dan Gigi dalam SOBAT NAKAL LIVE IN MALAYSIA 2027 pada 30 Januari 2027 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur untuk Sobat Padi dan Gigi Kita bersenang-senang sekaligus menjadi saksi nyata kepada sebuah momen langka yang mungkin tidak akan terulang dalam tempoh dekat,” ujar Encik Fandy mewakili Belbis Sdn Bhd.
Buat Padi Reborn dan Gigi, SOBAT NAKAL LIVE IN MALAYSIA 2027 disifatkan sebagai sebuah penghormataan terhadap karya-karya mereka yang hidup subur di Malaysia. Sementelah, kedua-dua
band sudah menganggap Malaysia seperti rumah kedua mereka.
“Kami menyambut hangat saat dilamar bermain di satu panggung dalam SOBAT NAKAL LIVE INMALAYSIA 2027.

“Siapa yang sanggup menolak untuk satu panggung dengan Gigi, senior kami yang telah menyebarkan soft power yang besar dalam muzik Nusantara dengan membuktikan pengaruh rock Indonesia mampu merentasi sempadan, jauh sebelum Padi Reborn tumbuh di belantika muzik.
“Jadi dengan penuh rasa hormat dan bangga Padi Reborn mahu bermain ‘Harmony’ bersama Gigi pada SOBAT NAKAL LIVE IN MALAYSIA 2027,” ujar vokalis Padi, Fadly.
Vokalis Gigi, Armand Maulana pula menyifatkan penganjur mengambil inisiatif yang baik apabila menggabungkan Padi Reborn bersama mereka di atas panggung Mega Star Arena Kuala Lumpur.
“Sebagai pemuzik, saya sangat menghormati rakan-rakan dalam Padi Reborn. Kami berada dalam ekosistem muzik yang sama tetapi membawa warna yang berbeza.
“Berkongsi pentas dengan mereka bukan satu persaingan, sebaliknya satu bentuk perayaan muzik rock Indonesia.

“Dan meletakkan SOBAT NAKAL LIVE IN MALAYSIA 2027 sebagai nama konsert adalah genius kerana terus memberi naratif kepada peminat setia kami iaitu Sobat Padi dan Gigi Kita untuk sertai perayaan ini,” ujar Armand.

Untuk menonton sinergi serta dinamika persembahan yang sangat unik dipersembahkan Padi Reborn dan Gigi, peminat juga sebenarnya cukup beruntung!
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com




Leave a Reply