Hasrat membawa pulang wanita warga emas yang sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital King Fahad, Arab Saudi tidak kesampaian apabila dia disahkan meninggal dunia pukul 3.34 petang semalam waktu tempatan atau 8.34 malam waktu Malaysia.
Menurut anak ketiga Halimah, Siti Nur Ain Abd Sanief, 31, ibunya sepatutnya dibawa pulang ke tanah air pada semalam, namun perancangan itu terpaksa dibatalkan selepas doktor mendapati keadaan kesihatannya semakin merosot.

Menurut anaknya, Siti Nur Ain Abd. Sanief, 31, dia sempat menatap wajah arwah ibunya, Allahyarham Halimah Ismail, 64, menerusi panggilan video bersama adiknya, Muhammad Al Imran, 25, yang masih berada di sana.
Baru tadi buat video call (panggilan video) selepas mandi jenazah. Masa dekat ICU (Unit Rawatan Rapi) pun ada buat video call,” katanya memetik sumber Kosmo.
Arwah disahkan meninggal dunia pada jam 3.34 petang waktu tempatan (8.34 malam waktu Malaysia) dan selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah selepas subuh pagi tadi.

Tabung Mak Cik Halimah
Siti Nur Ain berkata, jumlah keseluruhan kutipan menerusi ‘Tabung Mak Cik Halimah (Madinah)’ yang dilancarkan sebelum ini mencecah RM273,000.
“Kami akan gunakan wang sumbangan ini untuk menyelesaikan bil hospital di sana terlebih dahulu. Sekiranya terdapat lebihan, kami merancang untuk melaksanakan badal haji serta urusan-urusan lain yang bermanfaat buat arwah mak,” katanya.
Berkongsi mengenai pesanan terakhir arwah ibunya, Siti Nur Ain berkata, warga emas itu sentiasa mengingatkan anak-anaknya agar sentiasa menjaga solat, ingat kepada Allah serta selalu memaafkan orang lain.

Terdahulu, kisah penderitaan arwah yang berasal dari Felda Lubuk Sireh itu mendapat perhatian masyarakat apabila keluarga memohon bantuan kewangan sebanyak RM200,000 bagi membiayai kos ambulans udara untuk membawanya pulang.
Sebelum ini, Halimah dilaporkan diserang angin ahmar ketika mengerjakan umrah pada 5 Februari lalu dan menerima rawatan di Hospital King Fahad, Madinah.
Dia pada mulanya dimasukkan ke Hospital Al Salam akibat jangkitan influenza, COVID-19 dan rhinovirus sehingga keadaannya merosot lalu terpaksa ditidurkan.
Selepas sedar daripada koma, Halimah disahkan diserang strok dan hanya mampu menggerakkan kepala manakala lehernya terpaksa ditebuk bagi memudahkan pernafasan.
Untuk informasi terkini gaya hidup dan hiburan, layari https://lifestylemediahub.com/
Sumber: https://www.hmetro.com.my/ & https://www.kosmo.com.my/





Leave a Reply