Siapa yang tidak teruja sekiranya dapat mengekalkan berat badan sejak zaman anak dara walaupun telah beranak pinak! Terkesima mendengar pengakuan  Faezah Elai yang berjaya mengekalkan berat badannya sekitar 43 kilogram (kg)sejak zaman anak dara sehingga hari ini.Terpesona melihat kecantikan dan kelangsingannya!

Ketika ditemui di majlis anjuran Tv Al Hijrah baru-baru ini, ibu kepada anak dua ini rupanya memilih kaedah Intermittent Fasting (IF) untuk mengekalkan berat badan yang stabil dan sesuai dengan ketinggiannya.

Menerusi satu video Lifestyle Media, Noor Faezah Md Elai, 43, itu berkata, dia sudah lama mengamalkan kaedah tersebut dan mengakui pada awalnya agak sukar untuk melakukannya.

Saya amalkan IF sejak zaman ‘purba’ lagi, ketika saya anak dara. Berat saya sekarang adalah 43 kg,” ujarnya ketika ditemui wartawan http://www.lifestylemediahub.com

“Saya sudah terbiasa dengan IF dan memang saya buat perlahan-lahan,” katanya lagi.

“Saya sudah terbiasa dengan IF, jadi tidak rasa susah atau terlalu mencabar. Pada awalnya memang agak sukar, tetapi lama-kelamaan saya dapat menyesuaikan diri,”katanya.

“Saya Seorang Ibu, Perlu Kekal Sihat’- Faezah Elai

Tambah Faezah lagi, dia memilih untuk mengamalkan kaedah tersebut kerana mahu menjaga kesihatan ditambah pula rutinnya sebagai seorang ibu yang menuntut tubuh badan sihat demi memastikan keluarganya berada dalam keadaan yang stabil.

“Saya seorang ibu, jadi badan memang perlu sentiasa sihat.

Selain itu, kerjaya sebagai seorang pelakon juga menuntut dirinya menjaga penampilan apatah lagi setiap kali muncul dalam televisyen kebiasannya akan nampak sedikit berisi berbanding saiz sebenar.

“Kalau orang jumpa saya di luar, mereka akan kata saya kecil dan halus tetapi dalam TV nampak tiga kali lebih besar,” jelasnya.

Untuk rekod, Faezah merupakan isteri kepada isteri kepada pengarah Heykal Hanifah dan dikurniakan tiga cahaya mata. Selain Faezah, dia turut membantu suami tersayang mendapatkan berat badan seimbang dan menjaga pemakanan supaya kekal sihat.

“Saya perlu pastikan Heykal juga berada dalam tahap kesihatan yang baik. Dia ketua keluarga, banyak tanggungjawab yang perlu digalas,” ujar Faezah seraya menjeling manis Heykal yang setia menemani si isteri ditemuramah media.

Untuk informasi gaya hidup dan hiburan, layari http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading