Restoran Itali, NIZZA yang terletak di Sofitel Kuala Lumpur Damansara tampil dengan pembaharuan menu yang meraikan keunikan cita rasa dari kawasan pesisir Itali.

Mengambil inspirasi daripada wilayah Liguria, Tuscany dan Amalfi Coast, menu baharu ini menandakan evolusi identiti kulinari NIZZA yang lebih segar, berteraskan bahan bermusim, seni penyediaan artisan serta pengalaman menjamu selera yang penuh cerita.

Direka untuk membawa pengunjung menikmati pengalaman “dari laut ke meja makan”, menu terkini NIZZA mengetengahkan gaya masakan berasaskan herba segar, pasta buatan tangan serta makanan laut Mediterranean berkualiti tinggi yang disajikan dalam konsep santai dan mesra perkongsian, mencerminkan jiwa sebenar budaya makan masyarakat Itali.

Penulis berpeluang menikmati hidangan istimewa ini yang disediakan khas oleh Chef Simone Fraternali

Menu baharu ini memberi fokus kepada kesederhanaan serta keaslian bahan-bahan premium. Pasta segar disediakan setiap hari termasuk ravioli, gnocchi, pappardelle dan fusilli. Hidangan laut pula disiapkan menggunakan teknik moden yang ringkas namun sofistikated, daripada ikan bakar seekor hingga ke hidangan kerang dan sotong.

Menurut Pengurus Besar Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Jeffry Tan, menu baharu NIZZA mencerminkan visi restoran itu dalam menawarkan pengalaman gastronomi Mediterranean moden yang autentik dan penuh seni.

“Menu baharu NIZZA mewakili visi kami terhadap pengalaman menjamu selera Mediterranean moden berteraskan keaslian, dipandu oleh seni kulinari dan dipertingkatkan melalui pengalaman istimewa. Pengaruh Chef Simone membantu kami menghasilkan menu yang lebih ekspresif, sofistikated dan dekat dengan asal usulnya,” katanya.

Sentuhan Istimewa Chef Simone Fraternali

Pembangunan menu ini turut diperkukuhkan dengan sentuhan Chef Simone Fraternali yang membawa elemen autentik serta ketepatan rasa mengikut tradisi wilayah Itali.

Chef Simone Fraternali

Chef Simone menerima latihan klasik di Itali dan pernah berkhidmat di beberapa dapur terkenal negara itu termasuk restoran tiga bintang MICHELIN, Ristorante Da Vittorio serta La Tana Gourmet yang turut menerima pengiktirafan MICHELIN. Pengalaman tersebut membentuk kefahaman mendalam beliau terhadap seni kulinari dan rasa autentik Itali.

Perjalanan kerjayanya turut merentasi destinasi gastronomi terkenal di Singapura termasuk Solo Ristorante yang menerima pengiktirafan MICHELIN Guide dan Gambero Rosso selama empat tahun berturut-turut. Di NIZZA, Chef Simone menyusun menu berdasarkan falsafah kulinarinya yang tersendiri.

“Falsafah saya berteraskan kesederhanaan dan keaslian. Menu di NIZZA meraikan cita rasa pesisir Itali melalui penggunaan bahan segar, teknik tradisional dan semangat kemurahan hati yang mencerminkan cara sebenar masyarakat Itali menikmati makanan,” katanya.

Pengalaman “La Scarpetta” Jadi Tarikan

NIZZA turut memperkenalkan tradisi Itali dikenali sebagai “La Scarpetta”, iaitu amalan menikmati baki sos hidangan menggunakan roti sehingga titisan terakhi, satu ritual makan yang cukup sinonim dengan masyarakat Itali.

Pengunjung digalakkan berkongsi pengalaman “La Scarpetta” mereka di Instagram dengan memuat naik foto atau video menggunakan tanda pagar #LaScarpettaAtNizza serta menanda akaun @nizzadamansara dan @sofitelkualalumpurdamansara.

Penyertaan terpilih berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk baucar makan bernilai RM1,000 di NIZZA, selain menu eksklusif pilihan Chef Simone untuk pemenang tempat kedua dan ketiga.

Selain itu, 80 peserta terawal turut menerima sebotol sos Itali buatan rumah serta keistimewaan makan untuk kunjungan seterusnya.

Untuk informasi hiburan dan gaya hidup, layari http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending