Perkongsian di Instagram milik Datin Lisa Surihani semalam mengenai dirinya menjadi tetamu Allah menerima pelbagai reaksi para peminatnya. Rata-rata mendoakan semoga perjalanan haji isteri kepada Datuk Yusry Abd Halim itu dipermudahkan.

Hari ini, Datin Lisa sekali lagi mengemaskini Instagram miliknya dan menjelaskan lebih terperinci situasi sebenarnya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu; dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (2:216)
Alhamdulillah, saya amat bersyukur apabila rayuan visa TH saya telah diluluskan. Segalanya tersusun rapi dengan izin-Nya. Saya berangkat bersama PJH @irkaztravel. Alhamdulillah, segala perancangan dan urusan dipermudahkan. 🤲🏻

Walaupun kami berharap dapat memulakan perjalanan ini bersama, rayuan Abang tidak diluluskan. Namun, pasti ada kebaikan di sebaliknya, insya-Allah.
Haji Tanpa Suami Tersayang
Datin Lisa Surihani menjelaskan visa milik suami tersayang tidak mendapat kelulusan sehingga ke saat akhir sekaligus menyebabkan dirinya tidak dapat menunaikan Haji bersama isteri tersayang.
” Ini menjadi peringatan yang sangat mendalam untuk kita reda, bahawa setiap perancangan kita tertakluk kepada aturan Yang Maha Esa.
Mungkin kehadirannya (Yusry) lebih diperlukan untuk menjaga keadaan di rumah — untuk anak-anak kami, kerana Daddy dan Omi mereka ada untuk membantu mengurus dan menjaga mereka dengan izin-Nya sepanjang ketiadaan saya selama 45 hari.
Alhamdulillah, dari perkembangan terkini, mereka semua dalam keadaan yang sangat baik. Terima kasih Sayang Daddy, terima kasih Omi. 🥹🤍 Itulah yang paling penting bagi saya. Leganya ya Rabb. Allah jaga mereka. Insya-Allah Ta’ala.
Reda dan tawakal. Kita harus menerima ketentuan waktu dan perlindungan-Nya dengan sangkaan yang baik, walau apa jua keadaan.
Meskipun tidak dapat menemani isteri tersayang, melalui beberapa foto jelas tergambar rasa sayu melepaskan isteri menunaikan Haji namun reda dengan ketentuanNya.

“Walaupun kami berharap dapat memulakan perjalanan ini bersama, rayuan Abang tidak diluluskan. Namun, pasti ada kebaikan di sebaliknya, insya-Allah,” Lisa Surihani.
“Dalam menyahut panggilan suci ini, saya menyerahkan keluarga tersayang sepenuhnya di bawah jagaan dan perlindungan Allah SWT, sebaik-baik Penjaga.

“Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam hati kita. Saya sayang dan rindu akan kalian semua.
“Bismillah, semoga Allah SWT mengurniakan kepada saya dan seluruh jemaah haji, haji yang mabrur, bukan sekadar kembali dengan rasa lega, tetapi juga jiwa yang diperbaharui,” katanya.
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply