Influencer beauty dan fashion terkenal, Sofea Shra sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman eksklusifnya terbang ke London baru-baru ini. Pertama kali menjejakkan kaki ke kota London, Sofea jelas teruja berada di kota yang menjadi tumpuan dunia itu.

Lebih mengejutkan, Sofea bukan sekadar melancong biasa. Dia hadir atas jemputan khas ke sebuah acara eksklusif yang dianjurkan oleh pengasas jenama kosmetik terkenal dunia, Huda Kattan!

Bawa 8 Bagasi!

Apa yang paling mencuri perhatian netizen ialah jumlah bagasi yang dibawa Sofea sepanjang perjalanan tersebut. Bukan satu atau dua, tetapi lapan bagasi penuh dengan pakaian dan aksesori!

Sofea juga sempat membuat room tour membawa para peminatnya melihat sendiri keistimewaan yang diperolehinya sepanjang menghadiri majlis eksklusif Huda Beauty itu.

OMG cemburunya melihat barang-barang yang terdapat di bilik hotel penginapan Sofea. It’s a girl things and dream come true melihat segala barangan Huda Beauty yang berada di bilik penginapannya itu.

Ramai pada awalnya tertanya-tanya, “Nak pergi fashion week ke?” Rupanya, Sofea sudah membuat persiapan rapi untuk menghadiri event berprestij bersama figura besar dalam industri kecantikan antarabangsa.

Lebih manis lagi, setiap tetamu yang hadir hanya diberikan masa sekitar 10 minit sahaja untuk bertemu Huda Kattan secara peribadi.

Namun, momen Sofea bersama pengasas Huda Beauty itu ternyata sangat istimewa sehingga masa yang diperuntukkan dilanjutkan tanpa sebarang masalah.

Dalam pertemuan tersebut, Sofea turut membawa hadiah istimewa dari Malaysia iaitu beberapa persalinan kebaya tradisional. Apa yang membuatkan ramai tersentuh ialah apabila Sofea sendiri membantu memakaikan satu persatu kebaya tersebut kepada Huda Kattan.

Walaupun sesi mereka sudah melebihi masa yang ditetapkan, Huda langsung tidak menunjukkan rasa kurang senang. Malah, beliau melayan Sofea dengan sangat mesra dan penuh hormat, seolah-olah adik sendiri.

Momen itu jelas menunjukkan bahawa personaliti, cara komunikasi dan kebijaksanaan seseorang influencer memainkan peranan besar dalam membina hubungan profesional di peringkat antarabangsa. Sofea bukan sahaja tampil cantik dan bergaya, tetapi juga bijak membawa diri serta memperkenalkan budaya Malaysia kepada dunia luar.

Ramai netizen memuji cara Sofea berinteraksi dengan Huda Kattan dan menyifatkan ia sebagai contoh terbaik bahawa menjadi influencer bukan sekadar tentang rupa paras atau jumlah pengikut semata-mata. Sikap profesional, keyakinan diri dan kebijaksanaan sosial adalah aset paling penting untuk pergi lebih jauh dalam industri ini.

“Beauty with brains will fly you higher.”

Ayat itu benar-benar menggambarkan perjalanan Sofea Shra kali ini. Dari membawa budaya Malaysia ke pentas antarabangsa hinggalah berjaya mencipta hubungan baik dengan ikon kecantikan dunia, Sofea membuktikan bahawa influencer yang bijak dan berkelas mampu membuka pintu peluang yang lebih besar di masa hadapan.

Siapa Sofea Shra?

Sofea Shra merupakan seorang pempengaruh media sosial dan content creator Malaysia yang terkenal dalam bidang kecantikan, fesyen dan lifestyle. Nama sebenarnya ialah Iman Sofea Shra dan dia mula dikenali ramai menerusi kandungan TikTok serta Instagram yang menampilkan tutorial makeup, gaya fesyen, review produk kecantikan dan content harian yang dekat dengan anak muda.

Sofea kini dianggap antara beauty influencer paling berpengaruh di Malaysia dengan ratusan ribu pengikut di TikTok dan Instagram. Dia juga pernah memenangi kategori “Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak” di Gempak Most Wanted Awards 2024.

Selain aktif menghasilkan content kecantikan dan fesyen, Sofea turut bekerjasama dengan banyak jenama besar termasuk Sephora Malaysia dan beberapa jenama antarabangsa.

Menariknya, Sofea juga mempunyai latar belakang akademik dalam bidang perakaunan kerana dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan sebelum memilih kerjaya sebagai content creator sepenuh masa.

Tahniah @sofeashra

Untuk informasi gaya hidup dan hiburan, layari http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading