“Yang nak dakap saya, suami saya. Dia tak mengadu pun, awak semua sibuk kenapa?
“Berat 43 kilogram itu saya, yang peluk tu suami saya, bukan suami awak semua.
“Awak tak payah kurus, makan saja. Biar saya saja kurus. Sakit hati pula,” katanya tegas.

Media sosial kembali havoc apabila pelakon Faezah Elai ‘menyembur’ netizen selepas sekian lama bersabar dek sindiran netizen mengaitkan isu berat badannya.
Pada usia 43 tahun, tubuh langsingnya menjadi topik hangat hingga ada mempersoal terlalu kurus. Lebih menyedihkan, dia dihujani kecaman di media sosial tanpa memikirkan impak terhadap individu lain.
Menerusi satu video Lifestyle Media, Noor Faezah Md Elai, 43, itu berkata, dia sudah lama mengamalkan kaedah tersebut dan mengakui pada awalnya agak sukar untuk melakukannya.
Saya amalkan IF sejak zaman ‘purba’ lagi, ketika saya anak dara. Berat saya sekarang adalah 43 kg,” ujarnya ketika ditemui wartawan http://www.lifestylemediahub.com
“Saya sudah terbiasa dengan IF dan memang saya buat perlahan-lahan,” katanya lagi.

“Saya sudah terbiasa dengan IF, jadi tidak rasa susah atau terlalu mencabar. Pada awalnya memang agak sukar, tetapi lama-kelamaan saya dapat menyesuaikan diri,”katanya.
Tambah Faezah lagi, dia memilih untuk mengamalkan kaedah tersebut kerana mahu menjaga kesihatan ditambah pula rutinnya sebagai seorang ibu yang menuntut tubuh badan sihat demi memastikan keluarganya berada dalam keadaan yang stabil.
“Saya seorang ibu, jadi badan memang perlu sentiasa sihat.

Selain itu, kerjaya sebagai seorang pelakon juga menuntut dirinya menjaga penampilan apatah lagi setiap kali muncul dalam televisyen kebiasannya akan nampak sedikit berisi berbanding saiz sebenar.
“Kalau orang jumpa saya di luar, mereka akan kata saya kecil dan halus tetapi dalam TV nampak tiga kali lebih besar,” jelasnya.
Untuk rekod, Faezah merupakan isteri kepada isteri kepada pengarah Heykal Hanifah dan dikurniakan tiga cahaya mata. Selain Faezah, dia turut membantu suami tersayang mendapatkan berat badan seimbang dan menjaga pemakanan supaya kekal sihat.
Untuk informasi hiburan dan gaya hidup, layari http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply