Pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mohd. Raizi Abdul Razak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas 15 tahun usia perkahwinan mereka.

Tanpa sepatah kata kepada media yang menunggu pasangan ini di perkarangan mahkamah syariah, kedua-duanya dilihat tenang namun memilih untuk mengunci rapat kisah peribadi sebaik sahaja prosiding selesai.

Norreen, 32, sempat menitipkan luahan ringkas penuh makna dalam laman Threads miliknya seolah-olah memberi bayangan tentang keputusan besar tersebut.

“Bismillahirrahmanirrahim,” tulisnya ringkas.

Desas desus hubungan pasangan ini muncul apabila kedua-duanya muncul di mahkamah pada 29 April lalu. Kehadiran mereka bagi tujuan pengesahan lafaz cerai. Kedua-duanya terus berdiam diri tanpa memberikan sebarang kenyataan lanjut, seakan-akan memilih jalan sunyi untuk menutup episod rumah tangga mereka.

Sudah Tidak Kongsi Momen Bersama

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut sebenarnya sudah lama dihidu apabila mereka tidak lagi berkongsi momen bersama dalam media sosial, sekali gus menguatkan spekulasi pergolakan yang berlaku.

Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading