Soora Miguhara Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan acara eksklusif “Soora Glow & Flow” sebagai tanda penghargaan kepada komuniti wanita yang sentiasa memberikan sokongan berterusan terhadap jenama kecantikan tersebut.
Program yang berlangsung di Nadi Tenang, Seksyen 13, Shah Alam ini bukan sahaja mengetengahkan aktiviti yoga yang sinonim dengan kecantikan luaran, malah memberi fokus terhadap keseimbangan emosi, keyakinan diri serta kesihatan dalaman wanita moden Asia.

Wanita & Gaya Hidup Sihat
Dengan tema “Move, Glow & Flow”, acara gaya hidup sihat ini diwujudkan bagi meraikan wanita yang sentiasa berusaha menjadi versi terbaik diri mereka dalam Jalani kehidupan seharian yang semakin mencabar.
Program ini turut membawa mesej bahawa kecantikan sebenar bermula daripada kesejahteraan diri secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, mental dan emosi.


Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti berinspirasikan gaya hidup sihat dan kecantikan holistik bersama komuniti Soora Miguhara. Para peserta berpeluang menikmati sesi yoga bersama jurulatih profesional dari Nadi Tenang yang membantu wanita meningkatkan keyakinan diri secara menyeluruh.
Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara Soora Miguhara dan para pengguna setia yang sentiasa menyokong perkembangan jenama ini.

Menambahkan lagi kemeriahan acara, Juara Dewi Remaja 2025, Nylea turut hadir sebagai penampilan istimewa dan simbol wanita muda yang sangat mengutamakan penjagaan diri dari aspek luaran serta dalaman. Kehadiran figura muda penuh inspirasi ini memberi suntikan semangat kepada para peserta untuk lebih menghargai diri sendiri dan menjaga kecantikan secara menyeluruh.

“Saya sangat gembira dapat bersama Soora Miguhara dalam acara ini kerana bagi saya, kecantikan bukan hanya tentang rupa luaran tetapi bagaimana kita menjaga diri, kesihatan dan emosi setiap hari. Remaja wanita perlu tampil yakin setiap hari dan saya percaya Soora Miguhara membawa mesej yang sangat positif untuk semua wanita,” katanya.
Menurut Pengarah Urusan Soora Miguhara Malaysia, Puan Fatin, acara “Glow & Flow” ini dianjurkan sebagai simbol penghargaan kepada komuniti wanita yang sentiasa percaya dan menyokong jenama tersebut sejak awal penubuhannya.

Beliau berkata, Soora Miguhara sentiasa komited menghasilkan produk berkualiti tinggi yang membantu wanita tampil lebih yakin dengan penjagaan kulit yang efektif, selamat dan sesuai digunakan setiap hari.

“Kami mahu wanita bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi turut merasa sihat, yakin dan positif dari dalam. Soora Glow & Flow adalah ruang untuk wanita berehat seketika daripada kesibukan harian dan meraikan diri mereka bersama komuniti yang positif,” ujarnya.
Beliau turut menambah bahawa Soora Miguhara menitikberatkan penggunaan bahan berkualiti tinggi serta selamat untuk pengguna. Produk keluaran jenama ini juga telah menerima pengiktirafan Vegan Certified, sekali gus membuktikan komitmen Soora Miguhara dalam menawarkan produk penjagaan kulit yang lebih selamat, mesra pengguna dan selari dengan gaya hidup kecantikan moden yang lebih beretika.

Dalam acara ini, Soora Miguhara turut mengetengahkan dua produk utama mereka iaitu Rose Collagen Blooming Mist Serum dan Rose Collagen UV Tone Up SPF50 PA++++ yang semakin mendapat perhatian pengguna.
Rose Collagen Blooming Mist Serum diformulasikan dengan kandungan kolagen dan ekstrak mawar premium yang membantu memberikan hidrasi mendalam, menjadikan kulit lebih anjal, berseri serta tampak glowing secara semula jadi. Tekstur mist serum yang ringan juga membantu menenangkan kulit, memperbaiki skin barrier dan memberikan efek segar sepanjang hari.
Sementara itu, Rose Collagen UV Tone Up SPF50 PA++++ pula menawarkan perlindungan maksimum terhadap sinaran UVA dan UVB selain membantu mencerahkan tona kulit secara serta-merta tanpa rasa melekit. Produk ini juga membantu menghasilkan kemasan kulit yang lebih halus, lembap dan radiant, sesuai digunakan untuk aktiviti harian mahupun ketika bersolek.

Soora Miguhara Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan kerjasama termasuk Nadi Tenang selaku penaja lokasi, Petals2u sebagai penaja bunga tangan, Kueh selaku penaja minum petang serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara “Soora Glow & Flow”. Sokongan yang diberikan menjadi kekuatan utama dalam memastikan acara ini berlangsung dengan penuh bermakna dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita.
Soora Miguhara berharap acara ini akan menjadi permulaan kepada lebih banyak program komuniti pada masa akan datang dan berharap dapat bertemu semula dengan para peserta dalam acara seterusnya.
Dapatkan informasi gaya hidup dan hiburan di http://www.lifestylemediahub.com




Leave a Reply