Seorang pemandu kereta Volkswagen GTI yang terlibat kemalangan menyebabkan seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut hingga putus kepala di Losong pada bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Asrizal Hisham Khalid, 43, yang merupakan seorang peniaga membuat pengakuan tidak bersalah setelah pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.
Memetik sumber Kosmo, berdasarkan pertuduhan, Asrizal Hisham didakwa memandu kereta jenis Volkswagen GTI secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Wah Han Keong, 18, di Jalan Losong Feri, di sini pada pukul 3.36 petang, 19 Mei lalu.
Mendiang Wah Han Keong, 18, adalah anak sulung daripada dua beradik disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada leher selepas van dinaiki bersama bapanya dirempuh sebuah kereta.

Kemalangan berpunca apabila sebuah kereta dari arah bertentangan yang dipandu laju tiba-tiba terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan lalu merempuh van yang dinaiki mangsa dan bapanya.
Kesan rempuhan itu agak kuat menyebabkan sebatang tiang lampu patah dan melayang sebelum menghentam van lalu terkena tepat pada leher mangsa.
Mendiang Han Keong bersama bapanya, Wah Tee Tun, 46 dalam perjalanan dari rumah di Manir, Kuala Terengganu menuju ke pusat bandar sebelum van jenis Nissan Vanette dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah Volkswagen Golf GTI.
Asrizal didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Asrizal Hisham juga berhadapan hukuman hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh minimum lima tahun dari tarikh sabitan jika didapati bersalah.
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com




Leave a Reply