Setahun lalu, nama usahawan dan pengasas AURAMARIA, Madam Mariyah, menjadi perhatian ramai apabila melalui satu episod kehidupan yang mencabar. Namun hari ini, beliau tampil lebih kuat, matang dan optimis apabila memperkenalkan produk terbaharu jenamanya iaitu Jus Wanita Che’Tat.

Pelancaran produk tersebut bukan sekadar memperkenalkan minuman kesihatan untuk wanita, malah menjadi simbol kebangkitan seorang wanita yang enggan terus tenggelam dalam episod duka.

Menurut Madam Mariyah, sepanjang setahun yang lalu beliau memilih untuk memberi fokus kepada perkara yang paling penting dalam hidupnya iaitu keluarga, pembangunan diri dan perniagaan yang dibinanya.

Tambah wanita berusia awal 50-an ini lagi,anak-anak merupakan penguat semangat untuk dirinya bangkit dari episod duka dan mengorak langkah lebih jauh untuk masa hadapan ketiga-tiga cahayamatanya di mana ketiga-tiganya berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan, perakaunan dan perubatan.

“Saya percaya setiap ujian yang hadir mempunyai hikmah tersendiri. Ia mengajar saya untuk menjadi lebih kuat, lebih matang dan lebih menghargai setiap nikmat yang ada,” katanya ketika ditemui media dalam suasana santai memperkenalkan produk baharunya itu.

Jelas beliau, sokongan tidak berbelah bahagi daripada pelanggan, pengikut serta rakan-rakan perniagaan menjadi sumber kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan.

Penuhi Keperluan Wanita

AURAMARIA turut memperkenalkan Jus Wanita Che’Tat yang merupakan produk terbaharu di bawah jenama tersebut. Produk itu diformulasikan khas bagi memenuhi keperluan wanita moden yang semakin mementingkan aspek penjagaan dan kesejahteraan diri.

Pengenalan jus tersebut juga mencerminkan komitmen AURAMARIA untuk terus menghasilkan produk berkualiti yang mampu memberi manfaat kepada pengguna, khususnya golongan wanita.

Sementara itu, perkembangan perniagaan AURAMARIA turut menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Jenama tersebut kini mempunyai rangkaian pelanggan dan pengedar sah yang semakin berkembang termasuk di Singapura, Brunei dan Sarawak.

Malah, produk-produk keluaran AURAMARIA terus menerima sambutan positif daripada pengguna sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan dan serantau.

Kembangkan Bisnes

Madam Mariyah berkata, pihaknya akan terus memberi fokus kepada pengembangan pasaran selain memperkenalkan lebih banyak produk berkualiti pada masa hadapan.

Lebih daripada sekadar kejayaan perniagaan, beliau berharap perjalanan hidupnya mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain agar tidak mudah berputus asa apabila berdepan cabaran.

“Saya mahu wanita tahu bahawa setiap ujian bukanlah pengakhiran. Sebaliknya ia adalah peluang untuk bangkit menjadi insan yang lebih baik. Saya juga berharap Jus Wanita Che’Tat dapat memberi manfaat kepada lebih ramai wanita dalam meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan diri mereka,” ujarnya.

Jus Wanita Che’Tat diformulasikan khas untuk membantu wanita yang sudah berkahwin menjaga kesihatan dalaman, keseimbangan tubuh serta meningkatkan keyakinan diri dalam menjalani kehidupan harian. Dengan gabungan bahan-bahan terpilih, jus ini membantu menyokong kesihatan wanita dari dalam, memberikan rasa lebih segar, bertenaga dan selesa terutama bagi mereka yang berdepan rutin harian yang padat.

Selain membantu menjaga kesejahteraan tubuh, pengambilan secara konsisten juga dapat menjadi sebahagian daripada amalan penjagaan diri yang menyeluruh, sekali gus membantu wanita tampil lebih yakin, ceria dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik bersama keluarga tersayang.

Dapatkan informasi gaya hidup dan hiburan hanya di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading