Pelakon Datin Lisa Surihani, 40, meluahkan perasaan rindu terhadap rakan-rakan jemaah yang dipanggilnya” kakak” sepanjang berada di tanah suci Makkah pada musim haji baru-baru ini.
Menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram Story (IGs), Lisa berkongsi foto dia bersama isteri Tomok iaitu Rahayu Abas di hadapan Kaabah, suasana persekitaran Makkah serta bersama rakan jemaah di Masjid Abu Bakar As-Siddiq.

“Rindunya ‘sisters’ (kakak-kakakku). Allah Maha Baik. Ikatan (hubungan baik) yang saya benar-benar tidak tahu bila ia hadir. Saya mendapat keluarga di sana (Makkah), Allah SWT penyejuk hati.
“Auntie Nor, bagaimana kami berhubung rapat dan terikat dengan cara yang tidak dapat diungkap kata-kata, menariknya kami juga berkongsi hari lahir yang sama,” kata isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim ini.
Tomok Sambut Hari Lahir
Dalam pada itu, Lisa turut memuat naik video Tomok dan isterinya yang menyuap kek kepada penyanyi juga vokalis New Boyz itu dalam majlis sambutan hari jadi yang dirancang ketika di tanah suci.
“Moga mereka sentiasa dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah sepanjang melayari bahtera rumah tangga mereka. Didoakan dan dijodohkan bersama di syurga Firdaus,” tulisnya.
Pada hantaran video dimuat naik Lisa di Instagram (IG) pula, ibu tiga anak ini turut berkongsi ucapan doanya buat seluruh jemaah haji tahun ini agar dikurniakan keampunan dosa dan memperoleh haji mabrur.

“Apa yang didoakan dengan ikhlas buat saya, maka saya mendoakan semula kepada anda semua. Semoga ia kembali dalam bentuk kebaikan yang berganda-ganda untuk kita semua dan saya.
“Terima kasih kepada semua, dan bagi mereka yang berhasrat ingin menunaikan haji pada masa akan datang saya mendoakan semoga Allah menjemput kalian ke Tanah Suci,” katanya.
Lisa selamat tiba ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Makkah pada Jumaat lalu dengan kepulangannya disambut Yusry serta anak-anak, Yahaira Leanne, 11, Yusof Leonne, 9, dan Yunos Laith, 5.

Manis menggayakan jubah labuh dan telekung, gaya Lisa kini menjadi perhatian netizen di media sosial yang memuji dia kelihatan tenang dan cantik walaupun tidak mengenakan mekap.
“Hajah Lisa cantik, baik, berpekerti mulia dan tersusun kata-kata,” komen warganet.
“Lemah lembut dan sopannya Lisa bercakap. Alhamdulillah, semoga dapat haji mabrur,” kata netizen.
“Semoga kita semua dapat menunaikan haji tahun depan,” ujar pengguna media sosial.
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply