Seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan kesejahteraan, industri kesihatan global kini memasuki fasa pertumbuhan yang lebih dinamik dan inovatif.
Pengguna bukan sahaja memberi tumpuan kepada rawatan penyakit, malah semakin mengutamakan pencegahan, penjagaan kesihatan berterusan, serta peningkatan kualiti hidup secara menyeluruh.

Perubahan ini telah mendorong perkembangan pelbagai segmen industri, daripada makanan tambahan tradisional dan makanan berfungsi (functional food) yang menawarkan manfaat kesihatan khusus, kepada penyelesaian pengurusan kesihatan yang lebih diperibadikan.
Pada masa yang sama, kemajuan teknologi digital seperti aplikasi kesihatan, peranti boleh pakai (wearable devices), dan analitik data turut menyokong pembentukan ekosistem kesihatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu.
Seiring dengan trend ini, permintaan pasaran serta corak penggunaan pengguna terus berubah dengan pantas, mewujudkan peluang baharu bagi syarikat untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang lebih inovatif, berkesan, dan berorientasikan keperluan pengguna.
Bagi membantu pemain industri memahami trend masa depan, mengenal pasti perubahan pasaran serta meneroka peluang pembangunan di peringkat serantau dan antarabangsa, Forum Trend Pengguna dan Produk Kesihatan Global 2026 (Global Wellness Consumer & Product Trends Forum 2026) anjuran THE PAGE, dengan kerjasama Welbloom Biotechnology dan SEAbizs telah dianjurkan.
Ia mendapat sokongan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Malaysian Dietary Supplement Association (MADSA), R Pharmacy dan pelbagai organisasi industri lain.

Bertemakan “Defining the Next Generation of Health Industry”, forum ini telah menghimpunkan wakil agensi kerajaan, persatuan industri, pemilik jenama, rangkaian farmasi, syarikat pembuatan, syarikat bioteknologi serta pemimpin industri dari Malaysia dan Taiwan untuk membincangkan hala tuju masa depan industri kesihatan serta peluang pembangunan pasaran Asia.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran pengguna kesihatan global terus mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan. Definisi kesihatan dalam kalangan pengguna kini tidak lagi terhad kepada pengambilan nutrisi semata-mata, malah turut merangkumi aspek pengurusan tidur, pengawalan tekanan, kesihatan usus, kecantikan dan penjagaan diri, pengurusan berat badan serta amalan perubatan pencegahan.

Di pasaran Asia, pertumbuhan populasi kelas pertengahan, peningkatan jumlah warga emas serta perkembangan pesat penggunaan digital telah mendorong industri kesihatan beralih
daripada model yang berorientasikan produk kepada pendekatan yang lebih berteraskan gaya hidup.
Menurut Pengasas dan Penerbit THE PAGE, Darren Teoh, kesihatan tidak seharusnya menjadi pilihan hanya apabila seseorang jatuh sakit, tetapi perlu dijadikan sebahagian daripada kehidupan seharian. Industri kesihatan hari ini bukan lagi sekadar menjual produk, sebaliknya memainkan peranan dalam membentuk gaya hidup yang
lebih sihat, lebih positif dan lebih lestari.”

Beliau turut menegaskan bahawa persaingan masa depan bukan lagi sekadar antara jenama dengan jenama, tetapi melibatkan persaingan antara ekosistem industri dan platform kerjasama.
“Kami berharap forum ini dapat membantu lebih banyak syarikat melihat potensi besar pasaran kesihatan Asia. Melalui kerjasama rentas sempadan, pertukaran teknologi serta
perkongsian sumber, industri dapat terus mempercepatkan inovasi dan mewujudkan lebih banyak peluang di pasaran antarabangsa.”
Selain itu, empat fokus utama forum telah dibincangkan pada sesi tersebut antaranya meliputi tajuk Memahami Trend Pengguna dan Perubahan Pasaran, Meneroka Inovasi Produk Kesihatan Berasaskan Makanan, Pengalaman Peningkatan dan Transformasi Industri dan Meneroka Peluang Masa Depan di Pasaran Asia.

Forum ini telah menampilkan perkongsian daripada beberapa tokoh utama industri dari Malaysia dan Taiwan. Antara penceramah termasuklah James Pereira, Pengurus Besar MADSA, Adrian Toh, Ketua Pegawai Eksekutif R Pharmacy dan Alex Liao, Pengurus Besar Welbloom Biotechnology.

Para penceramah akan berkongsi perspektif mengenai pembangunan industri, trend pasaran, tingkah laku pengguna, inovasi produk serta peluang kerjasama rentas sempadan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka di lapangan.

Teknologi Inovatif FRESH-Jelly Diperkenalkan Buat Pertama Kali
Sebagai salah satu tarikan utama forum, Welbloom Biotechnology dari Taiwan memperkenalkan hasil inovasi terbaharunya, iaitu teknologi FRESH-Jelly. Teknologi ini menggabungkan manfaat kesihatan, rasa yang lebih menyenangkan serta pengalaman penggunaan yang interaktif, sekali gus menawarkan pendekatan baharu dalam
pengambilan produk kesihatan.
Berbeza daripada produk kesihatan tradisional yang lazimnya ditawarkan dalam bentuk kapsul, tablet atau serbuk, FRESH-Jelly hadir dalam bentuk yang lebih menarik dan mudah dinikmati oleh pengguna moden. Forum ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan, organisasi industri serta syarikat dari Malaysia dan Taiwan.
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply