Jika anda selalu ulang alik ke Indonesia, sudah pasti makanan adalah antara faktor utama yang mendorong untuk anda sanggup ulang alik ke negara jiran itu.

Tak perlu ‘bazirkan’ tiket penerbangan sepanjang minggu ini kerana hidangan popular Indonesia pula bakal diterbangkan ke Hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara sehingga 26 Julai ini!

Bagi yang ‘merindui’ untuk menjamu selera dengan pelbagai menu istimewa dari Indonesia, bolehlah berkunjung ke Sofitel Kuala Lumpur (KL) Damansara khususnya di restoran Kwee Zeen kerana sedang berlangsung promosi eksklusif ‘Taste & Rhythms of Indonesia’.

Menariknya, Hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara telah bekerjasama dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia untuk menawarkan pelanggan hotel dan juga peminat makanan dari negara jiran ini untuk menikmati  warisan kulinari Nusantara  yang menggabungkan elemen budaya dan seni masakan asli dari pelbagai wilayah di Indonesia.

“Promosi ini diibaratkan sebagai satu ‘perjalanan gastronomi’ yang merentasi kepulauan Indonesia, daripada rempah-ratus pedas Sumatera hingga ke hidangan klasik Jawa serta menu istimewa dari Bali dan Lombok.

Antara tarikan utama sepanjang tempoh promosi ini adalah seleksi masakan hasil sentuhan Chef Selebriti Wisnu iaitu Siomay Bandung yang merupakan hidangan ladu kukus papula dari Jawa Barat; nasi padang kapu dengan rendang daging yang dimasak perlahan dalam santan berempah didatangkan dari Sumatera Barat.

Penulis sendiri teruja untuk mencuba pelbagai makanan Bali dan Lombok antaranya termasuklah bebek betutu (itik masak rempah) dan ayam bakar taliwang yang terkenal dengan perapan cili pedas.

Turut disajikan kepada pelanggan adalah pindang udang yang segar dan kambing guling yang dihidangkan bersama kicap manis, bawang merah dan cili padi.

Suasana restoran turut dihiasi dengan dekorasi berinspirasikan Indonesia, sekali gus mewujudkan persekitaran yang hangat dan mesra, selari dengan budaya serta keramahan negara itu.


Taste & Rhythms of Indonesia akan berlangsung di Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur Damansara dari 17 hingga 26 Julai 2026 sebagai sebahagian daripada bufet makan malam dan bufet makan tengah hari hujung minggu restoran tersebut.

Harga yang ditawarkan ialah:
Weekend Brunch (Sabtu & Ahad): RM138+ seorang
Weekday Dinner (Isnin hingga Khamis): RM168+ seorang
Weekend Dinner (Jumaat hingga Ahad): RM228+ seorang


Kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun menikmati diskaun 50%, manakala pakej minuman sedia ada turut disediakan.


Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi HA123-FB@sofitel.com atau hanafi.suid@sofitel.com, telefon +603 2720 6688, atau WhatsApp +6017 511 7725.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending