Pejam celik, pejam celik, Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Seperti biasa, ‘perang’ persiapan raya pastinya akan mula memenuhi jadual para petugas media untuk diisi sepanjang awal tahun 2027.
Baru-baru ini, majlis pra-pelancaran eksklusif WarnaRaya X KLCC RAYA RUNWAY 2027 (WarnaRaya) telah disempurnakan bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Acara ini menandakan fasa permulaan bagi penganjuran edisi kedua pameran fesyen serantau berskala besar yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari pada 22 hingga 24 Januari 2027 iaitu dua minggu sebelum ketibaan bulan Ramadan.

Sesuai sebagai acara bagi persiapan Aidilfitri, WarnaRaya bermatlamat untuk menyatukan penggiat industri kreatif, pereka fesyen, jenama tempatan, serta usahawan selebriti dari rantau Asia Tenggara termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei di bawah satu platform bersepadu.

Keunikan WarnaRaya kali ini ialah keunikan konsepnya yang menyediakan platform runway eksklusif bersama bazar berskala besar.
“Untuk edisi 2027, kami mensasarkan lebih 90 gerai jualan atau vendor dan lebih 50,000 pengunjung. “Mereka yang akan menyertai WarnaRaya ialah gabungan daripada barisan pereka fesyen terkenal tanah air, usahawan SME dan jenama selebriti serantau.”
Jualan Bazar Besar-Besaran
WarnaRaya akan berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Di dewan utama (Main Hall), akan berlangsung pertunjukan fesyen berprestij, manakala di dewan pameran akan berlangsung jualan bazar besar-besaran.
Selain pertunjukan fesyen berprestij yang akan diadakan di dewan utama (Main Hall), usahawan kreatif yang menyertai bazar WarnaRaya turut berpeluang memperagakan koleksi terkini mereka di atas pentas mini runway fashion show.

Secara tidak langsung, vendor berpeluang mempromosikan koleksi terbaharu mereka menerusi platform yang kami sediakan sepanjang WarnaRaya diadakan.

“Lebih menarik juga, pengunjung yang hadir ke tapak bazar WarnaRaya berpeluang memenangi tiket eksklusif untuk menyaksikan pertunjukan fesyen eksklusif yang akan diadakan di dewan fashion runway utama,” katanya.
Duta WarnaRaya
Turut diserikan dengan perkongsian barisan empat pereka fesyen tersohor tanah air yang juga merupakan duta WarnaRaya. Mereka akan turut serta dan membuat pertunjukan fesyen di pentas runway utama.

Empat pereka fesyen tersohor tersebut ialah Datuk Radzuan Radziwill, FIZIWOO, Rizman Ruzaini dan Abu Shaef Hamza. Setiap pereka fesyen menampilkan identiti tersendiri dalam rekaan sempena koleksi Raya 2027.
Bagi pereka fesyen senior, Datuk Radzuan Radziwill, beliau menampilkan DNA eksklusif dan kualiti butik tersendiri bagi memenuhi permintaan komuniti peminat fesyen tempatan.
“Saya akan mempertaruhkan konsep ‘Contemporary Malay’ dengan signatur corak cetakan eksklusif (trademark prints). Sempena WarnaRaya, rekaan jenama Radzuan Radziwill direka khas dengan nilai versatiliti tinggi agar praktikal digayakan sepanjang tahun bukan sahaja untuk Syawal, malah bagi pelbagai majlis keraian dan perkahwinan”-Datuk Radzuan Radziwill.
Sementara itu, FIZIWOO pula menyifatkan WarnaRaya sebagai inisiatif hab sehenti bertaraf antarabangsa yang strategik untuk memulakan kempen raya lebih awal serta meraikan memori berharga bersama keluarga.

“FIZIWOO bakal mempertaruhkan kira-kira empat koleksi khas (Ready-to-Wear) merangkumi busana lelaki dan wanita (menswear dan womenswear). Bagi pihak FIZIWOO, penghasilan koleksi RTW Raya memerlukan perancangan modal yang besar dan strategi pemasaran yang kukuh bagi meyakinkan komuniti peminat. Penyediaan pentas runway profesional berserta ruang booth jualan di bawah satu bumbung menjadikan WarnaRaya merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan rekaan eksklusif secara menyeluruh kepada pasaran tempatan dan serantau”-Khai & Fizi .

Rizman Ruzaini pula menekankan strategi merapatkan jurang antara pereka dan peminat melalui pemanfaatan platform digital.
” Kami akan membawakan koleksi Ready-to-Wear premium (beranggaran RM400–RM500) yang mengekalkan DNA eksklusif dan kualiti butik tersendiri bagi memenuhi permintaan komuniti peminat fesyen tempatan.”-Rizman Ruzaini.

Manakala Abu Shaef Hamza atau lebih mesra disapa Abu memilih untuk mengangkat kekayaan warisan tekstil nusantara seperti songket dan batik yang kini mendominasi trend semasa.
“Saya memilih untuk memadukan seni tradisi tersebut bersama palet warna moden bagi membuktikan identiti budaya serumpun sentiasa malar segar dan relevan buat generasi kini”-Abu.
Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) kerana acara ini akan berlangsung selama tiga hari pada 22 hingga 24 Januari 2027 iaitu dua minggu sebelum ketibaan bulan Ramadan. Jumpa di sana!





Leave a Reply