Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa simpati dengan nasib sebuah keluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Temerloh, malam Isnin.
Lebih menyentuh perasaan, Kamal, 40, mendedahkan dia sempat berkunjung ke kafe milik mangsa tersebut iaitu Secangkir Cafe di Kuantan, Pahang, minggu lalu.

“Laju betul lori itu bawa. Sampai sandwich (hancur) kereta itu. Apa pun alasan pemandu lori itu, aku tak nak terima.”
“Saya baru saja minggu lepas balik dari Cafe Secangkir milik arwah. Ya Allah, tempatkan mereka dengan orang-orang yang beriman.”
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam Isnin itu, empat individu dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan.

Salah seorang mangsa yang maut ialah pemilik Secangkir Cafe, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, yang meninggal dunia bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, serta anak lelaki mereka. Tiga beranak itu menaiki sebuah Proton S70 ketika kemalangan berlaku.

Sementara itu, bapa kepada Allahyarhamah Nur Atiqah, Mohd Kazwan Kassim tidak menyangkan kemalangan yang berlaku melibatkan anak, menantu dan cucunya.
“Dalam hati saya kata, bukan anak aku kot,” itu luahan bapa kepada pemilik Secangkir Cafe, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, yang maut bersama suami dan anak lelakinya dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), di sini malam tadi.
Mohd Kazwan Kassim, 59, berkata, dia pada mulanya cuba menafikan kemungkinan kenderaan jenis Proton S70 yang dilihat dalam gambar kemalangan di laman sosial Facebook itu adalah milik anaknya.
“Bila tengok gambar itu, saya rasa macam kereta anak saya sebab dia memang pakai S70 tetapi dalam hati saya kata, bukan anak aku kot. Kemudian kawan dia hantar nama mangsa yang terbabit. Bila tengok nama itu, memang sahih nama anak saya yang kena,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas Temerloh), di sini hari ini.

Mohd Kazwan berkata, kali terakhir dia bertemu anak kedua daripada empat beradik itu adalah pada Khamis lalu ketika Nur Atiqah datang ke rumahnya bersama suami dan anak mereka.
Katanya, perkara yang paling membuatkannya sebak ialah Nur Atiqah sempat berkongsi gambar keluarga mereka menyambut Hari Kebangsaan di Putrajaya dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

“Rasanya ini kali pertama mereka sambut Merdeka di Putrajaya. Sebelum ini biasanya mereka sambut di Kuantan saja. Saya sendiri memang tak sangka. Tetapi ini sudah ketentuan Allah belaka,” jelasnya.
Sumber: https://www.kosmo.com.my/ & https://ohbulan.com/
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply