Kecoh di platform Threads berkenaan drama Madu dan Racun siaran saluran penstriman iQIYI yang didakwa terlampau berani apabila menyajikan kisah membabitkan hubungan songsang.

Drama memaparkan konflik emosi dan kelainan membabitkan poligami ini bermula apabila Azura lakonan Uqasha Senrose cuba menjadi isteri sempurna, namun suaminya, Adli (Aliff Aziz) untuk berkahwin baru dengan Nikita (Elisya Sandha).

 “Nak kritik saya atau drama ini, silakan. Tetapi jangan sesekali heret keluarga saya.”

Itu peringatan pelakon, Elisya Sandha agar pihak tertentu berhenti mengaitkan ibu mentuanya, Sheila Rusly dengan kritikan terhadap drama lakonannya, Madu atau Racun.

Elisya atau nama sebenarnya, Elisya Sandha Hassan 27, berkata keluarga langsung tidak mempunyai kaitan dengan siri berkenaan, sekali gus perbuatan dijadikan mentuanya sebagai bahan perdebatan atau kecaman sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Mentua Elisya Sandha, Sheila Rusly terpalit kontroversi apabila dijadikan bahan perdebatan dan kecaman gara-gara drama lakonan Elisya.

“Jangan libatkan ibu mentua saya. Siri ini langsung tiada kaitan dengan beliau dan saya amat menghargai jika anda boleh tinggalkan keluarga saya daripada perkara ini.

“Anda boleh berkata apa sahaja mengenai saya atau siri ini, tetapi jangan bawa keluarga saya,” katanya menerusi balasan komen dalam platform Threads.

Pelakon itu turut menegaskan, dia tidak mempunyai masalah andai dirinya atau drama berkenaan dikritik, namun penglibatan keluarga adalah batas yang tidak boleh dilanggar.

“Itu adalah batas yang saya sangat tegas mengenainya dan saya mahu anda menghormatinya.

“Tiada perasaan tidak baik, cuma jangan melampaui batas itu. Terima kasih,” ujarnya.

Kenyataan itu dibuat susulan kisah suami berpoligami dibintanginya meraih komen negatif apabila didakwa menonjolkan babak hubungan songsang terutama wataknya, Nikita bersama Azura lakonan Uqasha Senrose.

Drama terbitan MIG Production Sdn. Bhd. dan arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan Aliff Aziz sebagai Adli.

Siri 12 episod tersebut mula ditayangkan menerusi platform iQIYI pada 14 Ogos lalu.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading