Pelakon Eman Manan dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) bersempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu.

Anugerah berkenaan sekali gus melayakkan beliau menggunakan gelaran Datuk.

Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Manan Embong, antara penerima darjah kebesaran negeri yang mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni serta industri lakonan tanah air.

Pengiktirafan itu turut meletakkan nama pelakon berkenaan sebaris dengan penerima darjah kebesaran negeri Terengganu yang lain.

Eman Manan adalah antara pelakon berpengalaman yang telah mewarnai industri seni tanah air menerusi pelbagai watak dalam drama, filem dan karya televisyen sepanjang kerjayanya.

Eman Manan telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak tiga kali, termasuk menerusi filem pertamanya, Matinya Seorang Patriot (1984), Bintang Malam (1991), dan Buai Laju-Laju (2004).

Penganugerahan berkenaan menjadi satu lagi pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang seni yang telah diceburinya selama bertahun-tahun.

Terbaharu, Eman Manan membintangi filem Langit 2 Warna arahan  Erma Fatima yang bakal menjalani proses penggambaran tidak lama lagi. Filem Langit 2 Warna merupakan karya sepenuhnya Erma Fatima bakal menjalani penggambaran di tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Mesir pada November ini.

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading