“Ini adalah hantaran terakhir daripada saya berkaitan arwah adik.”

Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh abang kepada Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd. Kazwan, 32, memaklumkan, semalam adalah terakhir kali dia mengemas kini perkongsian di media sosial mengenai arwah adiknya yang juga pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Kuantan, Pahang.

Menggunakan profil @Iqiekazama di Threads, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang datang pada hari terakhir pengoperasian kafe berkenaan, kelmarin.

Dia mendedahkan, awalnya risau tentang keselesaan pelanggan yang menunggu memandangkan hari tersebut merupakan hari terakhir dan berfikiran pasti ramai pelanggan akan datang.

“Tapi alhamdulilah, semua yang datang sangat bersabar. Sama-sama menyantuni antara dua pihak dan paling saya terharu, ada pelanggan yang membayar lebih daripada harga sebenar dan ada juga tidak meminta baki duit.

“Rakyat malaysia sangat baik! Saya juga ingin berterima kasih kepada saudara-mara serta kawan-kawan yang memberi sumbangan tenaga dan masa dengan sukarela,” katanya.

Abang kepada Allahyarhamah Sofiya turut meminta maaf jika terdapat kekurangan dari segi layanan untuk pelanggan tempoh hari.

“Saya juga meminta maaf saya kurang menonjolkan diri kerana semasa saya melihat pelanggan membelek belek barangan adik saya.Saya rasa sangat sebak dan tidak kuat kerana itu akan menjadi kali terakhir saya melihatnya. Dapat melihat pelanggan menunggu dengan sabar untuk merasakan kek terakhir sungguh melemahkan emosi.
.
Saya selalu hadir ke cafe beliau dan berlagak seperti “abang owner”,semborono masuk dapur arwah tengok itu ini lagak seperti owner juga”, ujarnya.

Terdahulu memetik laporan akhbar Kosmo, melaporkan, Sofiya bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, serta anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, 4, maut dalam kemala­ngan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur 1, Temerloh, Selasa lalu.

Terdahulu keluarga Allahyarham Sofiya mengumumkan Secangkir Cafe tidak akan meneruskan operasi kerana mereka tidak mempunyai kepakaran untuk menghasilkan semula kek-kek yang menjadi identiti kafe berkenaan.

Keluarga mangsa nahas ngeri yang meragut nyawa tiga beranak meminta orang ramai berhenti mempersoalkan mengenai tindakan mereka menutup Secangkir Cafe yang diusahakan arwah selepas mengambil kira pelbagai faktor dan ketia­daan waris.

Muhammad Hafiz Rifqi Mohd. Kazwan, 32, berkata, perniagaan itu tidak ada pewarisnya ekoran anak adiknya, Muhammad Armaan Nazeef, 4, turut maut dalam kejadian Selasa lalu.

“Kalau ada anak arwah saya akan sambung tetapi sekarang saya nak usaha untuk siapa.

“Saya berharap orang ramai tidak mempersoalkan lagi penutupan cafe berkenaan memandangkan ia dilakukan setelah mengambil kira pelbagai faktor khususnya tiada waris atau anak adiknya yang bakal mewarisi kafe berkenaan,” katanya.

Buku Resipi Jadi Kenangan

Selain itu, @Iqiekazama turut berkongsi di Threads mengenai buku resipi yang ditinggalkan oleh arwah sebagai antara memori indah yang akan dikenang sepanjang hayat.

“Tengah mengemas dapur cafe aok ni sofiya.Staf beri buku resepi dan sop dekat along. Sofiya,along simpan baik-baik buku SOP dan resepi aok ni.Ada masa kalau kami sekeluarga semua rindu, Along akan bake. Terima kasih atas ilmu bakeri di zaman along mengusahakan SakuraBakes,” ujarnya.
.

Tambahnya lagi, dia belum sempat lagi melawat kubur tiga sekeluarga ini dan berjanji akan berbuat demikian secepat mungkin.

Tambahnya lagi, pihak keluarga hanya menghabiskan stok makanan supaya tiada yang rosak dan membazir kerana arwah Sofiya sudah pun selesaikan sewa september 2026.

Operasi Secangkir Cafe yang dibuka selepas wabak Covid-19 melanda berakhir kelmarin selepas semua kek dan minuman serta bahan-bahan masakan dijual kepada orang ramai.

Terserah kepada pemilik tanah dan premis untuk menyewakan tapak berkenaan kepada sesiapa sahaja selepas tempoh sewaan bulan ini tamat.

“Untuk yang selalu bagi ucapan baik kepada along,terima kasih!kita semua along kepada arwah adik saya sekeluarga
.
Disini saya undur diri dengan ucapan terima kasih tertinggi kepada semua sepanjang tragedi keluarga kami,” ujarnya mengakhiri ucapan di Threads.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading