Ketika kelibatnya belum benar-benar terlepas daripada bayang kontroversi silam, seorang legenda bernama Datuk M. Nasir berani mempertaruhkan bakat figura Aliff Aziz menggalas watak utama sebagai Sultan Mansur Shah dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu.Sememangnya satu amanah berat yang dipikul olehnya.

A theatrical performance featuring two actors, one in a black costume kneeling on the stage and the other, in a dark outfit, holding a sword above him. The background features a dimly lit setting with flames and silhouettes of additional performers.

Bagi Aliff atau atau nama sebenarnya, Mohammad Aliff Aziz, 35, kepercayaan tersebut bukan sekadar tawaran kerja, sebaliknya anugerah yang menyedarkan bahawa perjalanan hidup seseorang tidak ditentukan oleh persepsi manusia.

“Saya sangat bersyukur dan hargai kepercayaan Datuk M. Nasir. Kalau saya pengarah, saya pun tak pilih Aliff Aziz ini.

Apabila Datuk dan Datin Marlia Musa memberikan kepercayaan serta tanggungjawab sebesar ini kepada saya, saya sedar mereka sebenarnya mengambil risiko yang sangat besar,” kongsi Aliff lagi.

A vibrant stage performance featuring a large cast of characters in traditional costumes, with a backdrop of ornate structures and a colorful sky.

Sasaran utama Aliff bukan untuk memuaskan hati semua orang, sebaliknya mahu memastikan dua individu yang memberikan kepercayaan tersebut tidak menyesal memilihnya memegang watak sebagai Sultan Mansur.

“Cukuplah sekiranya M. Nasir dan Marlia berpuas hati melihat komitmen serta persembahannya selepas seluruh tenaga dicurahkan sepanjang tempoh latihan lebih 50 hari,”

“Memang penat dan berbeza memandangkan ini teater pertama saya. Tetapi saya tak pernah merungut walaupun terpaksa berlatih dari pagi sampai malam.

“Saya cuma fikir, Allah masih beri saya rezeki. Jadi saya kena pikul tanggungjawab tersebut dan buat sebaik mungkin,” ujarnya yang turut menyanyikan lapan buah lagu baharu nukilan M. Nasir dalam muzikal berkenaan.

A man and woman standing side by side, dressed in traditional ethnic clothing. The man wears a black embroidered jacket and a unique hat, while the woman is in a vibrant pink dress adorned with floral decorations and an ornate headpiece. They pose against a green backdrop.

Meskipun teruja memikul amanah tersebut, Aliff mengakui dihantui kebimbangan apabila mengenangkan sekiranya kehadirannya membawa kesan buruk terhadap produksi gara-gara persepsi masyarakat terhadap dirinya.

“Saya hampir menolak tawaran tersebut kerana takut orang ramai enggan membeli tiket hanya disebabkan nama saya berada dalam barisan pelakon. Tetapi apabila saya dikelilingi orang yang positif, saya mula melihat daripada sudut lebih positif,” katanya tentang teater yang dipentaskan selama 11 hari di Istana Budaya bermula 10 September lalu.

Pengalaman lalu ternyata mengajarnya agar tidak terlalu cepat mengisytiharkan sesuatu kerana kehidupan boleh berubah sekelip mata.

“Saya takut nak jawab bila orang tanya ini ‘comeback’ atau tidak, sebab saya pernah jawab soalan yang sama sebelum ini, kemudian saya diuji sekali lagi.

Promotional poster for the musical 'Mansur & Liu', featuring two characters in traditional attire, with a green mountainous background and ornate architecture elements. The text includes show dates and ticket information.

“Sekarang saya cuma fikir, Allah masih bagi rezeki walaupun saya sendiri sebagai individu kadang-kadang rasa macam tak layak dapat benda ini. 

“Jadi apabila Allah dah bagi, saya buat sebaik mungkin. Selepas ini ada kerja atau tak ada kerja, itu Allah tentukan,” katanya mengakhiri perbualan.

Dapatkan tiket Teater Mansur & Liu di sini: https://www.ticket2u.com.my/event/51619/teater-muzikal-mansur-liu

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading