JENAMA fesyen tempatan popular, Dr. Cardin semakin progresif dalam mengeluarkan produk bermutu tinggi, bergaya dan mampu milik. 

Seiring dengan rekaan mereka yang semakin up-to-date, Dr. Cardin juga memperkukuhkan kempen mereka agar selari dengan perkembangan semasa. 

Kali ini, Dr.Cardin mencuba sesuatu yang baharu dan lari daripada kebiasaan kempen-kempen mereka sebelum ini.

Person climbing a rock formation while giving a peace sign, with a Malaysian flag in the background and trees surrounding the scene. Text overlay reads 'The Overlooked Malaysia'.

Jika sebelum ini kempen-kempen jenama ini lebih bersifat konvensional, kali ini Dr.Cardin memberanikan diri untuk bereksperimen dengan tema pengembaraan.

Lebih menarik kempen yang diberi nama The Overlooked Malaysia by Dr.Cardin ini hadir dengan filem pendek, dokumentari ‘road trip’ bersama barisan pempengaruh dan selebriti serta sesi siaran langsung yang dibuat di tempat terbuka. 

Menurut Ketua Penjenamaan Dr. Cardin, Chong Charl Yee, idea ini tercetus oleh adiknya yang meluangkan masa bercuti di dalam negara.

“Sebenarnya negara kita mempunyai banyak tempat menarik yang kita sendiri belum pernah lawati. Adik saya mahu bercuti tetapi dia tidak mempunyai waktu yang banyak. Kebiasaan dia bercuti di luar negara, tetapi kali ini dia memilih bercuti di dalam negara. 

“Apabila dia pulang, dia mencadangkan agar kami melakukan kempen ini kerana dia jatuh cinta dengan keindahan di bumi Malaysia. 

“Kami melihat idea ini sebagai sesuatu yang menarik dalam masa yang sama kami ingin memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia bahawa negara kita kaya dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati,” katanya.

Three individuals posing on rocks at a beach, showcasing a relaxed outdoor style, surrounded by greenery and pebbles.


Untuk kempen ini, Dr. Cardin menjelajah ke empat buat negeri di semenanjung tanah air antaranya Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. 

Filem Pendek

Kempen ini sudah bermula sejak 25 Ogos yang lalu dengan tayangan filem pendek arahan Mshaffuan yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. 


Pada September, kempen ini diteruskan bersama pasangan kesayangan rakyat Malaysia, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq yang melakukan sesi siaran langsung dari Kedah. 

Kempen ini kemudian beralih ke Kelantan bersama sembilan pencipta kandungan serta pempengaruh media sosial termasuklah pelakon popular, Mierul Aiman yang menyertai ekspedisi The Explorer Trip ke Dabong. 

A man climbing a rocky outcrop near the beach, wearing athletic clothing, with boats visible in the background.


Setiap perjalanan serta aktiviti mereka selama berkampung di Dabong dirakamankan dalam sebuah dokumentari.

5 Hari Gegarkan IOI City Mall Putrajaya

Seterusnya kempen ini akan diteruskan secara ‘offline’ dalam sebuah acara yang akan berlangsung selama lima hari di pusat beli belah IOI City Mall Putrajaya pada 7 hingga 11 Oktober 2026.

Acara yang diberi nama The Overlooked Malaysia: Beyond The Screen ini akan membawa orang ramai untuk merasai pengalaman kempen ini secara ‘offline. 

Three individuals sitting on a wooden platform, smiling and enjoying their time together. In the background, the Malaysian flag is waving, along with another blue flag, under a clear sky.



Pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti menarik seperti sesi meet & greet bersama barisan pelakon dan pencipta kandungan seperti Mierul Aiman, Ain Ramli, Zakuan Zainal, Farah Hamdan, Fikri Zamri, Merantau Dunia dan Sya Azhar. 

Lebih menarik, episod akhir filem pendek kempen ini akan ditayangkan pada acara ini bersama dengan Mshaffuan. 

Bercerita lebih lanjut tentang kempen ini, kata Charl Yee, kempen ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai sekaligus membuktikan percaturan mereka untuk tampil dengan idea berlainan berjaya mendapatkan tempat di hati rakyat Malaysia.

“Kami mendapat maklum balas yang sangat positif daripada netizen. Mereka sukakan kelainan yang ditampilkan dan rasa lebih dekat dengan diri mereka. 

‘Engagement’ yang diterima untuk kempen kali ini juga lebih hebat berbanding kempen-kempen sebelum ini. 

“Netizen terkejut apabila menonton sesi live kami yang dilakukan di tempat-tempat yang ‘rare’ seperti di atas batu besar dan di dalam air sungai.


Melihatkan sambutan hangat yang diberikan, Dr.Cardin mungkin akan meneruskan kempen ini di negeri lain pula. Mungkin kami akan menjelajah bumi Borneo pula selepas ini,” kongsinya.

Untuk Maklumat lanjut boleh lawati media sosial rasmi Dr. Cardin.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di https://lifestylemediahub.com/.

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading