Lain dari yang lain! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan kisah dulang hantaran daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman buat isteri tersayang, Bella Astillah.

Hantaran yang disediakan bukan sekadar hadiah perkahwinan, sebaliknya membawa simbolik tersendiri yang mencerminkan minat, impian serta perancangan masa depan pasangan berkenaan.
Antara hantaran daripada Syed Saddiq kepada Bella ialah cincin emas eksklusif tempahan khas daripada Goldfish Jewelry menggunakan emas tulen AU999, sebagai simbol ikatan cinta abadi.
Turut disertakan ialah tajaan pengajian pascasiswazah peringkat Sarjana Komunikasi melalui sistem APEL di School of Media and Communication (SOMAC), Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan Masa Lapang, Taylor’s University.
Selain itu, Syed Saddiq menghadiahkan set gimnasium di rumah untuk Bella dan anak-anaknya, Ayden serta Ara, selain kerusi urut untuk kegunaan Bella, anak-anak dan kedua-dua ibu bapa pasangan itu.
Hantaran lain termasuk basikal yang melambangkan minat berbasikal bersama serta impian mengembara ke seluruh dunia, simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM100,000 untuk jaminan kewangan masa depan Bella, serta pakej umrah untuk pasangan itu yang ditaja Qashwa Travel Sdn Bhd.

Terdahulu, semasa majlis pertunangan Syed Saddiq turut memberikan Akaun atau pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad untuk Bella Astillah.Selain itu, Bella turut menerima akaun simpanan Tabung Haji. Untuk Ayden dan Ara pula, masing-masing menerima Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional khas .
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com
Foto: Koleksi ASTRO




Leave a Reply