Muhammad Faiq Zafran Mohd Jailani, 24, berasal dari Manir di sini yang ditahan di Jepun sejak November tahun lalu akhirnya menerima hukuman apabila dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas tiga kesalahan menipu oleh Mahkamah Rendah Toyama.

Hukuman penjara terhadap graduan politeknik tersebut bermula sejak tarikh penahanan reman sejak 18 November lalu.
Keluarga Muhammad Faiq Zafran menerusi peguam lantikan, Datuk Noor Svetlana Mohd. Noor Nordin akan membuat rayuan berhubung hukuman demikian.

Noor Svetlana berkata, hakim mahkamah rendah menetapkan hukuman penjara empat tahun tersebut berjalan serentak bagi ketiga-tiga pertuduhan terbabit.
“Faiq didakwa mengikut Perkara 246(1) Kanun Keseksaan Jepun berkaitan kesalahan menipu harta. “Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu Tokyo, Osaka dan Toyama,” katanya.
“Kami akan failkan rayuan di Mahkamah Tinggi untuk proses seterusnya dan berharap berlaku keajaiban buatnya kerana terdapat peruntukan penangguhan hukuman di bawah Artikel 25 Kanun Keseksaan Jepun yang membolehkannya pulang ke Malaysia secara bersyarat.
“Kami berharap dia diberikan bon berkelakuan baik. Faiq telah ditipu kerana terlalu mempercayai rakannya,” ujarnya ketika bersiaran langsung di TikTok selepas prosiding tersebut.
Dalang Jual Anak
Hati ibu mana yang tidak sedih mengenangkan nasib anak yang berada seorang diri di luar negara dalam keadaan yang tidak menentu. Rentetan kisah ini dikongsikan oleh saudara MohDaris1992 di platform Thread, pada sidang media yang berlangsung baru-baru ini di mana ibu Faiq Zafran menyatakan ada dalang yang juga merupakan seorang kawan yang menjual anaknya sehingga tertangkap di Toyama, Japan.
Jika ikut pada cerita bapanya, Faiq Zafran telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja dan berjumpa rakan rakan lama kampungnya. Salah seorang adalah Aiman yang bekerja sebagai cashier di kedai makan.
Faiq Zafran telah dikenalkan kepada Jbond oleh Aiman selaku saudaranya. Jbond telah menawarkan kerja sebagai Site Visit di satu syarikat yang berpangkalan di Jepun.
Tanpa berfikir panjang, Faiq Zafran bersetuju dan tanpa memberitahu ahli keluarga, sindeket ini membantu Faiq Zafran untuk buat passport dan terbang ke Jepun.

Difahamkan, Noor Svetlana dan Mohd Jailani yang merupakan bapa Faiq melakukan perjalanan ke Tokyo untuk menghadiri perbicaraannya.
Noor Svetlana berkata, ini merupakan kali pertama bapa Faiq dapat berhubung dengan bapanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Faiq, 24, dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang beroperasi di Jepun.

Malahan ada juga maklumat tidak tepat berkaitan penahanannya termasuk laporan awal yang mendakwa, dia ditemui bersama wang tunai dan emas bernilai kira-kira RM500,000.
Faiq disiasat pada November lalu di bawah Artikel 246(1) Kanun Keseksaan Jepun berkaitan penipuan serta Artikel 60 bagi kesalahan yang dilakukan secara bersama yang setara dengan Seksyen 420 dan 34 Kanun Keseksaan Malaysia.
Dapatkan segala informasi terkini gaya hidup dan hiburan di http://www.lifestylemediahub.com
Sumber: Sinar Harian & www.kosmo.com.my/





Leave a Reply