Pelakon dan ibu kepada dua cahayamata, Anzalna Nasir baru-baru ini berkongsi rasa kagum melihat sikap anak sulungnya, Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif yang mula menunjukkan sifat pemurah sejak sejak kebelakangan ini.

Menurut Anzalna, Eidrees menunjukkan sifat tidak kedekut untuk membelanjakan wang saku sekolahnya semata-mata untuk menggembirakan ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Comel sangat Eidrees belikan jus untuk adik dia. Biasanya lepas sekolah, dia memang suka beli sesuatu semata-mata nak gembirakan kami,” kongsi Anzalna di hantaran Instastory miliknya.

Contoh Untuk Adik, Sekarang Jadi Ikutan

Sebagai ibu, pastinya Anzalna merasa gembira apabila melihat sifat murah hati yang dimiliki oleh anak-anaknya apatah lagi dalam usaha membahagiakan insan-insan di sekeliling mereka. Malah Anzalna berkata sikap murni tersebut kini telah menjadi ikutan kepada anak keduanya, Mohamad Emirhan bin Mohamad Hanif.

“Sekarang Emirhan pun dah ikut perangai sama yang sama.
“Kalau dia keluar pergi kedai tanpa abang dia, mesti dia akan beli sesuatu untuk buat kejutan,” kongsinya lagi.

Tidak hanya menjadi inspirasi daripada populariti yang dikecap sebagai anak seni, Anzalna Nasir juga dipuji memiliki keperibadian terpuji apabila sangat dekat dengan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Sentiasa prihatin dengan golongan tidak bernasib baik, terutamanya golongan ibu tunggal dan kanak-kanak, bintang drama Dendam Aurora itu sentiasa terbuka berkongsi rezeki.

“Kongsi rezeki itu adalah antara cara mensyukuri apa yang Tuhan berikan untuk kita dan bukanlah saja nak tunjuk baik. Saya pun menghulurkan bantuan mengikut kemampuan diri sahaja.

Anak-anak terinspirasi melihat bagaimana Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki prihatin menghulurkan bantuan seadanya buat insan-insan yang memerlukan terutamanya di kalangan ibu tunggal.

Anzalna dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan sering berkongsi momen gembira bersama keluarga mereka di Instagram.


Untuk info menarik gaya hidup dan hiburan, layari www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading