Penyanyi, Suffian Suhaimi dan isteri, Rania Al Sada menyambut kelahiran anak sulung mereka, beberapa hari yang lalu.

Kelahiran bayi perempuan tersebut bertempat di Pusat Perubatan Serdang Selangor pada 24 April 2026 lalu.

Suffian meluahkan rasa syukur terhadap kelahiran anak sulung tersebut sambil berkongsi pengalaman menemani isteri di wad bersalin.

“Saya menemani isteri dan melihat bagaimana proses bersalinnya.

“Satu pengalaman baharu yang membuatkan saya lebih menghargai isteri,” katanya.

Penyanyi lagu Di Matamu sepakat memilih nama anak menggunakan hurus SR, gabungan antara namanya dan isteri tersayang.

“Kami mendapat sokongan penuh keluarga kerana kami baru menimang cahaya mata, tiada pengalaman setakat ini.

“Saya belum membuat keputusan berhubung nama anak. Tetapi yang pasti ia bermula dengan huruf SR,” kongsinya.

Untuk informasi gaya hidup dan hiburan, layari http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading