Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi keadaan terkini ibu dan bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan pada Jumaat malam.

Menurut Uyaina, ibu dan bapanya berada dalam keadaan yang baik meskipun mengalami beberapa gejala seperti sakit badan serta pening kepala.

Uyaina turut mengesahkan kedua ibu bapanya telah melakukan imbasan X-ray yang menunjukkan tiada kecederaan serius terhadap mereka.

“Alhamdulillah X-ray sudah dilakukan dan tiada apa-apa kecederaan serius. Cuma mereka masih sakit-sakit badan dan pening kepala.

“Ibu dan babah saya masih lagi terkejut dengan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Lifestylemediahub.com

Kereta Dilanggar, Dadah & Polis

Berkongsi mengenai kejadian tersebut, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini berkata ketika itu ibu dan bapanya dalam perjalanan untuk makan bersama di luar.

“Ketika itu mereka dalam perjalanan keluar untuk ke kedai makan. Waktu hendak masuk simpang kanan, kereta mereka dilanggar.

“Rasa seperti melihat adegan dalam filem. Polis sedang mengejar penjenayah yang membawa dadah dan penjenayah melanggar lampu isyarat merah dan terlanggar kereta ibu bapa saya.

“Rupanya kereta yang langgar itu mempunyai dadah di dalam kereta. Mereka lari dari kenderaan polis yang sedang mengejar mereka,” kongsinya lagi.

Pemantauan Lanjut

Uyaina turut memaklumkan ketika ini ibu bapanya perlu dipantau sepanjang tempoh 24 jam atas nasihat doktor.

“Doktor pesan supaya ibu dan babah dipantau dalam tempoh 24 jam. Kalau ada beberapa simptom yang disenaraikan, kena datang semula ke hospital. Alhamdulillah mereka tiada lagi simptom-simptom itu,” ujarnya.

Terdahulu, Uyaina menyorot perhatian apabila berkongsi mengenai ibu dan bapanya yang terlibat dengan kemalangan.

Menurut Uyaina, ibu bapanya dirempuh oleh sebuah kenderaan yang melanggar lampu isyarat berwarna merah dipercayai sedang melarikan diri dari pihak polis kerana membawa dadah.

Uyaina bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana kedua ibu bapanya berada dalam keadaan yang selamat.

“Syukur mereka selamat, Alhamdulillah.”

Layari http://www.lifestylemediahub.com untuk informasi gaya hidup dan hiburan tanahair.

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading