Pasangan selebriti terkenal tanah air, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani berkongsi khabar istimewa di mana Datin Lisa Surihani menjadi Tetamu Allah untuk musim haji tahun ini.

Melalui perkongsian Instagram Datin Lisa Surihani, dia telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, satu perjalanan spiritual yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam.

Perkongsian berita ini nyata mengundang rasa syukur dan sebak dalam kalangan peminat yang turut menzahirkan doa agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan serta dikurniakan haji yang mabrur.

“Dengan rendah hati, in shaa Allah saya bakal berangkat untuk menunaikan ibaadah rukun Islam yang ke-5, perjalanan yang amat bermakna, sementara mengharap dan mendoakan moga dapat laksanakan jihad ini sebaik-baiknya.

Sebelum melangkah pergi, saya dengan tulus ikhlas menyusun sepuluh jari memohon kemaafan—dari hujung rambut hingga ke hujung kaki —atas segala kesilapan, tutur kata, atau perbuatan yang mungkin pernah mengguris hati, sama ada sengaja mahupun tidak.” – Lisa Surihani

Pada hantaran sama, Lisa meluahkan rasa syukur terhadap insan terdekat yang banyak membantu membuat persiapan bagi memudahkan urusan ibadatnya sepanjang berada di Tanah Suci.

“Hati saya juga diselubungi rasa syukur yang tidak terhingga buat insan-insan mulia yang sangat pemurah memberi pelbagai kelengkapan dan buah tangan bagi memudahkan urusan ibadat saya di sana.

“Keluarga saya dan sahabat yang sudah seperti keluarga, kalian tahu siapa diri kalian. Saya sayang kalian semua. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran yang melimpah-ruah,” katanya.

Pelakon filem Istanbul Aku Datang itu turut menyerahkan sepenuhnya urusan keluarga di bawah jagaan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci.

“Dalam menyahut panggilan suci ini, saya menyerahkan keluarga tersayang sepenuhnya di bawah jagaan dan perlindungan Allah SWT, sebaik-baik Penjaga.

“Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam hati kita. Saya sayang dan rindu akan kalian semua.

Momen indah ini bukan sahaja mencerminkan keindahan perjalanan iman, malah menjadi inspirasi kepada ramai bahawa di sebalik kesibukan dunia, panggilan Ilahi tetap menjadi keutamaan. Dengan penuh tawaduk dan harapan, pemergian mereka ke Tanah Suci membawa simbolik penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Untuk info, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Sama-sama kita doakan agar ibadah yang bakal dilaksanakan dipermudahkan dan diberikan haji yang mabrur, inshaAllah 🤲🏻💜

Untuk informasi hiburan dan gaya hidup, layari http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading