Saban tahun usahawan Bawal Exclusive, Haliza Maysuri dan keluarga tidak pernah lupa meraikan ulang tahun kelahiran kucing kesayangan mereka, Money.
Tahun ini, sekali lagi birthday Money mencuri tumpuan di mana Money menyambut ulang tahun ke-9.

Menerusi perkongsian di Instagram, Haliza menjelaskan bahawa Money bukan sekadar haiwan peliharaan, sebaliknya sudah dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga.
Jangan kecam kalau tak pernah rasa kasih terhadap budak-budak bulu ni. Bagi sesetengah orang, mungkin Money cuma kucing.
Tapi bagi kami, dia keluarga kami, anak bongsu dalam keluarga kami.

Haliza menegaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk menunjuk kemewahan, sebaliknya sebagai penghargaan dan tanda kasih sayang terhadap haiwan peliharaan yang sudah lama menjadi peneman dalam keluarga mereka.
Kalau saya mewahkan atau sambut hari jadinya, bukan untuk tunjuk kaya tapi Money sangat berharga dalam hidup kami.
Tahun ini, Haliza meraikan ulang tahun kelahiran Money disamping menganjurkan majlis gender reveal untuk menantu kesayangannya, Sarah Othman yang bakal melahirkan zuriat pertama tidak lama lagi.
Di samping itu juga, Bawal Exclusive turut melancarkan koleksi Nektar sempena sambutan Hari Ibu tahun ini.
Hadiah Birthday Money Setiap Tahun Bukan Calang-Calang Hadiahnya!
Setiap kali sambutan birthday, hadiah untuk Money bukan calang-calang ya!
Haliza pernah menghadiahkan kucingnya BMW i7 yang bernilai lebih RM714,000. Money juga dikalungkan rantai emas berharga RM25,980 sebagai hadiah hari lahir pada tahun 2025.

Selain itu, Haliza juga membelikan kucingnya, mangkuk makanan khas yang bernilai sekitar RM11,000.
Haliza juga pernah menempah busana khas daripada Rizalman Couture untuk Money yang sudah dianggap sebagai anak bongsu dalam keluarga mereka, serta hadiah lain yang menelan belanja RM17,400.

Sambutan hari jadi Money juga pernah diadakan secara mewah, lengkap dengan pakaian khas dan kek, sering kali diadakan di lokasi berprestij seperti butik Louis Vuitton.
Tahun ini, agaknya apa ya hadiah istimewa untuk Money sempena birthday ke 9 tahun?
Untuk informasi hiburan dan gaya hiduyp, sila layari http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply