Ibu mana yang tidak meletakkan kepentingan anak-anak dalam kehidupan seharian mereka. Begitu juga buat pelakon dan usahawan, Mawar Rashid yang meletakkan anak-anak sebagai keutamaan dalam kehidupannya sebagai ibu tunggal.

Mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, fokus kehidupannya kini lebih tertumpu terhadap kerjaya dan perniagaannya.
“Saya hanya berserah kepada takdir apabila bercakap tentang hubungan baharu atau kembali mendirikan rumah tangga, ” ujar Mawar ketika ditemui di preview filem terbaharunya, Nar’sata: Sekutu Setan baru-baru ini.

” Saya serahkan itu semua kepada Allah. Itu sahaja”.
Tiada Masa Kenal Orang Baru
Sudah hampir 3 tahun menyendiri, menurut Mawar buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk memulakan hubungan baharu tetapi tiada masa untuk berjumpa sesiapa kerana anak-anak masih kecil,” ujarnya.

Kenyataan tersebut sekali gus melenyapkan spekulasi mengenai dirinya yang dikatakan sedang hangat bercinta selepas memuat naik gambar bersama seorang lelaki di media sosial.
Menurutnya, foto berkenaan sekadar bahan promosi ketika dia melancarkan lagu baharu sebelum ini.
“Itu sekadar marketing sahaja untuk lagu baharu dan video muzik lagu raya. Itu sahaja, tak lebih daripada itu,” ujarnya ringkas.

Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Raden Ahmad Faizal Yaakob pada November 2017 dan bercerai pada November 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 6 , Raden Seri Rosabella Cinta, 5 dan
Raden Seri Roseanna Camilya 3.
Untuk informasi hiburan dan gaya hidup, layari http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply